Connect with us

Artis / Selebriti

” Wey Anas ke ni, bertahun-tahun cari Anas. Comelnya dah masuk sekolah.. ” – Netizen

Video Terkini Gelagat Adik Fattah Anas Yang Pernah Viral Suatu Masa Dahulu Buat Ramai Terhibur. Dah Lama Tak Dengar Pasal Anas, Dah Masuk Sekolah Rendah Budak Comel Ni. Mulut Tu Pot Pet, Pot Pet Non Stop. Lawak Lah Anas !!

Beberapa tahun yang lalu, nama adik Fattah Anas pernah menjadi perbualan ramai dan viral di semua media sosial gara-gara gelagatnya masuk ke dalam sangkar kucing. Namun selepas itu, adik Anas ‘menghilang’ dan tidak kelihatan dalam media sosial.

Terbaru, Papa Anas muncul di applikasi Tiktok dan memuatnaik video Anas ketika dihantar ke sekolah rendah. Menerusi akaun Papanas31, video yang dimuatnaik itu mencuri perhatian ramai warganet. Anas masih comel seperti dulu dan petah bercakap.

Klik gambar untuk info..

Hari pertama persekolahan, katanya berdebar jantung dan sakit perut sambil ketawa. Anas sememangnya seorang yang happy go lucky dan cara bercakap pun seperti orang dewasa. Dari awal video sehingga ke akhir, ayat yang keluar daripada mulut Anas itu menggeletek hati warganet.

Papa Anas pula rajin melayan mulut becok Anas, lagi bertambah lawak mendengar perbualan antara anak dan ayah ini. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, seperti baru semalam sahaja melihat Anas masuk ke dalam sangkar. Tup tup kini sudah bergelar pelajar sekolah rendah.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@papanas31

cerita semalam first day sekolah..Perjalanan masuk ke kelas dalam keadaan perut deborrrr😂 #fattahanas #sekolah #felda #bukitgoh #selamatberpuasa #salamramadhan

♬ original sound – F’s family – F’s family

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 220 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” wehhh ini anas yang masuk sangkar kucing tu ke????? hensemm nyaaa dah besar dia, lama betul tak nampak Anas dekat media sosial.. ”

” fattah anas makin besar ke aku yg dah tua ni.. Dr kecil smp besor mcm2 perangai comel Fatah Anas ni.. semoga jadi anak soleh.. ”

” Weyh dia dh skolah lah.. aku sedar aku makin tua, dulu tngok video dia viral dalam sangkar kucing.. Lama dah cari Fattah Anas ni, akhirnya jumpa Alhamdulillah.. ”

” weyy anas ke nii.. ya Allah lamanya xnmpk kmi rinduu,, comelnya dh msuk sklh.. alhamdulillah sihat selalu fattah anas.. ”

” Alah alah dah besar Fattah Anas.. Style cakap dia macam dah besar sangat.. kita pulak terkekek-kekek ketawa dengar ayat Anas tu.. ”

” Ala dah besar dia, hilang tiba-tiba muncul dah sekolah. Dah tua jugak lah aku.. Bertahun tahun cari anas,, anas is back.. ”

” Dia bercakap macam kawan.. may my future husband be like this to my future child amin.. fattah anas masih kelakar ya.. ”

Klik gambar untuk info..

Anas masih seperti dulu, masih banyak cakap dan kelakar orangnya. Ramai betul yang merindui telatah Anas ini. Bertahun menghilang di media sosial, sekarang dapat follow balik dan melihat kerenah Anas yang comel itu. Semoga lebih banyak lagi perkongsian gelagat Anas selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Papanas31

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT