Artis / Selebriti
” Wah istimewa sangat, hari-hari tunggu bilalah Faz nak sambut birthday Fattah.. ” – Netizen
Fazura Kongsi Video Dan Gambar Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Fattah Amin Yang Begitu Meriah. Wah Pandai Fazura Pilih Tema Fattah, Eksklusif Sangat. Cantik Dekorasi, Kek Pun Gempak !!
Beberapa hari yang lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran Fattah Amin. Sebagaimana tahun-tahun sudah, Fazura pasti akan menganjurkan majlis sambutan hari lahir Fattah. Menerusi akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan gambar dan video ketika majlis ini diadakan.
Kata Fazura, oleh kerana ketandusan idea Fazura memilih tema movie star untuk majlis Fattah tahun ini. Dekorasi yang dihasilkan juga sangat kemas dan Fattah suka dengan tema tersebut. Tidak hanya dekorasi, kek yang ditempah oleh Fazura juga sangat cantik.
Paparan wajah Fattah dalam pelbagai gaya dipersembahkan pada kek hasil tangan Mad About Cake. Majlis ini dihadiri oleh sahabat rapat Fazura dan Fattah dan antara yang kelihatan adalah Mimi Lana dan suami kepada Nora Danish, Nedim.

Fazura turut menitipkan ucapan hari lahirnya untuk Fattah pada ruangan kapsyennya itu. Mendoakan agar Fattah terus melangkah ke depan dengan kejayaan di dunia akhirat, Fazura mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memeriahkan majlis Fattah ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Fazura ini telah pun meraih lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy Birthday bamTah.. semoga terus berjaya dan bahagia selamanya bersama bersama Faz dan Fatima. We love Fattzura & Nyamma.. ”
” Happy birthday again daddy nyamma, fattahaminz.. Semoga terus berjaya & bahagia selalu di samping Keluarga Tercinta. Amiin YRA.. ”
” Happy birthday Fattah Amin. Hari2 tunggu bilalah Faz nak sambut birthday HB. Seronok melihat kebahgian FATTZURA semoga jodoh kekal ke Jannah.. ”
” Happy Birthday to missfazura’s hubby. Moga diberi kesihatan yg baik, kesejahteraan keluarga dan murah rezeki.. kek dia wow betul eh.. sayang nk kerat camni hehe.. ”
” Yezzzaaa, this is what I’m waiting for. Happy birthday once again bamtah.. Semoga Allah luaskan pintu rezeki dan diberi kesihatan yang baik, bahagia dunia Akhirat.. ”
” Wah istimewa sangat, happy birthday Fattah. Semoga Allahsubhawatala anugerah umur yg berkat dan kesihatan yg baik hingga akhir hayat.. ”
” Terpaling love, deko cantik, kek pun wow sangat. Terpaling special tema birthday Fattah kali ni. Sweet couple, semoga kekal sampai syurga Fattzura.. ”
Seronok Fattah diraikan sebegini oleh isteri dan kawan-kawan tersayang. Simple tetapi elegant dan eksklusif sesuai dengan Fattah, bintang yang bersinar. Happy belated birthday Fattah Amin daripada kami di Berita Kopak dan semoga dimurahkan rezeki serta bahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura, IG Bamtahdolly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

