Connect with us

Artis / Selebriti

” Tergelak dengar ayat Syamel tu. Betul-betul tak pressure anak ni Bang Mel, haha.. ” – Netizen

Video Anak Syamel Dan Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha Bermain Piano Tarik Perhatian Warganet. Amboi Daddy, Dah Macam Inspektor Syamel Perhati Khawla. Kata Syamel Jangan Pressure Anak. Pressure Tak Tu Khawla, Haha !!

Tentu pembaca sering mendengar pepatah berbunyi melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Untuk seorang anak, perlu diterapkan daripada seawal usia agar apabila dewasa mendapat hasilnya. Begitu juga lah yang diamalkan oleh pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri terhadap anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha.

Meninjau akaun Instagram Syamel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Syamel dan Ernie sedang melihat Khawla bermain alat muzik piano. Khawla yang sudah pun berusia setahun pada Februari yang lalu duduk di atas kerusi sambil tangannya memetik keyboard piano.

Syamel dan Ernie pula berdiri di belakang Khawla dan memberikan Khawla sokongan. Kata Syamel di ruangan kapsyennya dalam nada berseloroh ‘ Jangan pressure anak. Biar Khawla buat keputusan sendiri apa dia suka ‘ bersama emoji yang mencuit hati.

Alahai daddy, gaya peluk tubuh sambil menyuruh Khawla terus bermain tu bukan main lagi. Ini ‘ jangan pressure anak’ gaya baru ye Syamel. Tapi bagus cara Syamel ini kerana ibu bapa lah yang perlu memainkan peranan untuk mendorong anak bagi meminati sesuatu.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 15 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hahahahahah parents punya muka siyes habis.. si anak tekan punya tekan haha. good job daddy n mummy pandai mainkan peranan … minat dan kehendak anak bila besar belum tentu tapi galakkan terapi minda tu penting.. ”

” Khawla macam diperhatikan teachers haha.. Main habis dulu baru dinner okey, tergelak dengar ayat Syamel tu.. betul betul tak pressure anak ni bang mel haha.. ”

” Buat elok-elok sampai habis khawla, nanti takleh makan dinner hehe. Kau dah macam inspektor Mel, aduii let1h ada daddy macam ni.. ”

” Terbaik ibu dan daddy khawla.. nnt Khawla nak jadi macam daddy dengan ibu laa.. ada talent ni.. ”

” Dah nampak dah future khawla.. bayangkan 3 beranak ninatas satu pentas.. KONSERT ANAK BERANAK + ziana zain and anuar zain.. fuh gempak.. ”

” Wkkkk selagi tak habis tak makan khawlaaaa. Main mainnnnn hehe.. Cikgunya supportive betul.. comel betul khawla duk tekan tekan tu.. ”

” Haha yeke tak paksa haha.. muka daddy win betul. Good supporter haha.. khawla main elok-elok kang tak dapat makan dinner hehe.. ”

Terhibur warganet melihat gaya Syamel tu, siap warning lagi tak main betul-betul tak boleh dinner, haha. Apa-apa pun, itu hanya lah gurauan Syamel dan Khawla semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur melihat telatah Syamel sekeluarga ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syamel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT