Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah cantik dan besar rumah Sarah. Alhamdulillah dapat beli rumah sendiri.. ” – Netizen

Video Puteri Sarah Liyana Tunjukkan Suasana Sekeliling Dan Dalaman Rumah Barunya Curi Perhatian Ramai. Wah Kondo Duplex, Luas Dan Besar. Tenang Je Suasana !!

Semua orang menginginkan rumah yang selesa untuk didiami, tidak kiralah rumah itu kecil atau besar. Bagi yang berkemampuan dan ada rezeki untuk mendapatkan rumah yang luas, itu satu bonus untuk pemiliknya. Begitu juga untuk pelakon Puteri Sarah Liyana yang menyediakan rumah untuk anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lumier Malaysia Pj, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Sarah menunjukkan rumah barunya. Plan asalnya Puteri Sarah hendak menunjukkan full house tour tetapi dek kerana liputan intenet kurang bagus, hanya setakat itu sahaja yang dapat Puteri Sarah tunjukkan kepada semua.

Klik gambar untuk info..

Puteri Sarah tinggal di sebuah kondominium duplex dan sekelilingnya cukup tenang dengan pemandangan hutan dan pokok-pokok hijau. Belum banyak perabut yang ada dalam rumah Puteri Sarah ini. Besar dan luas betul rumah Puteri Sarah ini. Simple tetapi menarik dan cukup selesa untuk Sumayyah dan Syaikhul.

Bukan murah harga kondo sebegini dan ianya hasil titik peluh Puteri Sarah mengerah tenaga bekerja siang dan malam membuahkan hasil. Selepas dipenuhi dengan perabut nanti, tentu bertambah-tambah seri rumah Puteri Sarah ini.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@lumier.malaysia.pj

Line lady boss tak ok so tak dapat nak buat full house tour #lumiermalaysiabypsl #andiarsyil #puterisarahliyana #fyp

♬ original sound – lumier malaysia.pj – lumier malaysia.pj

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Macam rumah Janna Nick yang lama dekat Damansara Perdana.. Macam sama je.. Sarah beli kot umah Janna.. ”

” Cantik rumah lady boss.. Alhmdulillah trbaik sarah hsil usaha keringt sendiri inshaallah berkat Aamiin.. ”

” Wah rumah Sarah, damainya.. persekitaran dia tu syok.. rumah pun luas betul.. tak perlu banyak perabut nanti serabut.. ”

” Alhamdulillah cantiknya rumah Puteri Sarah Liyana.. Semoga dipermudahkan segala urusan Sarah dan murah rezeki selalu.. ”

” Cantik, alhamdulillah.. rezeki melimpah ruah.. ada pokok banyak dekat belakang rumah, sejukkk la.. ”

” Cantik rumah Lady bos.. Alhamdulillah daa dpt bli rumah sendiri rezki.. rumah ps mcm istana.. ”

” Cantik sejuk mata memandang.. Alhamdulillah moga p Sarah terus berjaya dn bhgia.. cantik serta besar rumah Lady boss.. ”

Klik gambar untuk info..

Dapat rumah sebegini memang puas hati. Rezeki Puteri Sarah dan semoga semua pembaca juga dikurniakan Allah rezeki untuk mendapatkan rumah impian masing-masing. Next time boleh lah Puteri Sarah tunjuk ke semua ruangan dalam rumah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Lumier Malaysia PJ

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT