Artis / Selebriti
” Anak semua muka omputih. Ingatkan yang pakai hoodie tu Zain Saidin.. ” – Netizen

Perkongsian Datuk Paduka Mustapha Kamal Video Berbuka Puasa Bersama Isteri, Datin Paduka Susan Menon Dan Anak-Anaknya Raih Perhatian Ramai. Alahai Cantik Dan Handsome Anak-Anak CEO Megah Holdings Ni, Satu Family Good Looking !!
Nama pelakon senior ini memang cukup sinonim dengan Megah Holdings. Siapa lagi jika bukan Datuk Paduka Mustapha Kamal. Selain lakonannya yang hebat, kisah keluarganya juga seringkali menjadi perhatian warganet. Untuk rekod, Datuk Mustapha dan isterinya, Datin Susan Menon dikurniakan dengan 4 orang anak.
Meninjau akaun Tiktok Mustapha Kamal, telah dikongsikan satu video terbaru Datuk Mustapha sekeluarga sedang menikmati juadah berbuka puasa di salah sebuah restoran ibu kota. Dengan berlatar belakangkan menara berkembar KLCC, wajah isteri dan anak-anak Datuk Mustapha mendapat pujian ramai.
Yang anak dara semakin cantik apabila meningkat usia remaja, manakala anak teruna pula segak dan tampak sama seperti papa mereka itu. Warganet juga memuji kecantikan Datin Susan yang tak luntur dan tetap kelihatan muda. Awet muda dan tidak begitu dimamah usia, macam baru 30an sahaja.
Kapsyen Datuk Mustapha juga mencuit hati warganet. Ianya berbunyi ‘ Salam 6 Ramadhan. Family Megah Holding Original . Tukar selera ‘. Alahai memang tak tinggal ye Megah Holdings tu. Memang sangat sinonim dengan Datuk Mustapha. Ke mana sahaja pergi pasti orang akan sebut.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@mustaphakamaal Salam 6 Ramadhan … Family Megah Holding Original . Tukar selera !!!
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantiknya Susan Menon, always cantik sis. Dari dulu suka tgok… cantikkk sgt… awet muda… natural beauty.. ”
” Kenapa Susan Menon langsung tak makan Tua ek. Muka tu tak berubah dari dulu sampai sekarang.. cantik betul.. ”
” MasyaAllah… cantik dan hensem anak-anak Mustafa Kamal dan Susan menon. Good looking genetics.. ”
” 2 orang muka Mustapha Kamal, 2 orang muka Susan.. Anak semua muka omputih.. handsome dan cantik belaka.. ”
” Ni baru betul-betul family Megah Holdings haha.. anak teruna yang pakai hoodie tu mcm Zain Saidin bapa Aisyah hahaha.. ”
” Handsome betul anak kacukan ni.. Herlok eh semua, mak dorang pun cantik sangat-sangat.. good looking family.. ”
” ingtkn yg pakai hoodie tu zain saidin.. suka sangat tengok wife dia… lawa sangat… anak-anak semua lawa-lawa.. ”
Tidak dinafikan anak-anak Datuk Mustapha dan Datin Susan memang lawa dan handsome. Semua berkulit cerah dan berwajah mat saleh. Apa-apa pun, semoga Datuk Mustapha sekeluarga gembira selalu dan menjalani bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mustapha Kamal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen