Connect with us

Artis / Selebriti

” Uishh, rehearsal pun boleh buat air mata bergenang ni.. ” – Netizen

Video Anak Siti Saerah, Umairah Menyanyikan Lagu Dawai Ketika Sesi Latihan Buat Ramai Meremang. Wah Sedap Betul Suara Umairah, Menusuk Ke Hati !!

Umum mengetahui Ummi Umairah merupakan anak kepada Siti Sairah dan Saiful Anuar. Mesra dipanggil Umai, Umai juga merupakan anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Seperti ibu saudaranya, Umai mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Sejak dari kecil lagi Umai banyak menyertai pertandingan nyanyian antaranya Ceria Megastar Ministar terbitan Astro. Walaupun tidak bergelar juara, Umai tetap meneruskan karier nyanyiannya sehingga kini. Meninjau ke akaun Instagram, sebuah video Umai sedang menjalani sesi rehearsal untuk sebuah majlis telah meraih perhatian ramai.

Klik gambar untuk info..

Umai menyanyikan lagu Dawai yang merupakan lagu OST Air Mata Di Hujung Sejadah yang merupakan filem Indonesia. Lagu ini memerlukan ton suara yang agak tinggi tetapi Umai mampu menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang terpersona dan terpukau dengan kemerduan suara Umai menyanyikan lagu itu. Baru sesi rehearsal sudah sesedap ini.

Jom tonton video di bawah ;

Di ruangan komen ramai yang memuji kemerduan suara Umai. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Umai jd cam mak sdara ye…sentiasa down to earth… jd org baik2…pandai baawa diri.. Uishhhh… rehearsal pon boleh buat airmata bergenang ni…mcm mana ni.. terbaik umai…

” Terbaik lah umay..meremang macik dgr suara umay.. Semakin padu lah umai.. auntie doakan Umai terus berjaya didunia & akhirat. Semakin mantap Vokal Umai .. “

” Tak mustahil oneday nnt umai pn akn Jdi penyanyi No.1 Malaysia mcm Mak Iti dia.. Insyallah AMIN.. Makin bagus suara Umai, dari Umai kecil sudah follow IGnya.. “

” Perkembangan vokal Umai semakin mantap Fly high dear Umai umairah_sairahtarudin . Sedap suara lemak manis ala amboi2..gitchewww.. Umai… umairah_sairahtarudin masyaAllah.. suaranyaa… “

” Makin mantap..keren… semangat terus..semoga sukses selalu.. Semakin dewasa Umai semakin menjiwai lagu dan bakal menjadi penyanyi hebat nanti. Aamiin.. Terbaik umai .. “

” Semoga umai terus berjaya menjadi penyanyi tersohor ikut jejak mak iti.. Umai klu dgr dia nyanyi mesti naik bulu roma.. allah..bestnye umai bawak lagu ni..all the best dear.. dh besar.. “

” Lemak betul suara umai yee.. Umaiiiii Bestnya umai bawak lagu.. Bagusnya Umai.. Semakin padu lah umai.. terus berjaya didunia & akhirat.. meremang.. bagus sangat.. “

Klik gambar untuk info..

Umai nampaknya mewarisi bakat daripada ibu saudaranya iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Semakin Umai membesar suara Umai semakin dewasa dan merdu. Semoga Umai terus berjaya dalam bidang seni suara dan berjaya melebarkan sayapnya ke peringkat lebih jauh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umairah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT