Artis / Selebriti
” Tunang saya ni dah pandai buat surprise surprise ya.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah membuka hadiah yang diberikan oleh tunangnya, YB Syed Saddiq buat ramai teruja. Alahai, bukan main happy lagi Bella bila buka hadiah daripada Encik Tunang. Betul-betul surprise lah..
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan YB Syed Saddiq membeli beberapa barangan sebagai hadiah istimewa buat tunangnya, Bella Astillah serta anak-anak Bella iaitu Ayden dan Ara. Perkongsian tersebut bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah turut membuatkan para penonton berasa teruja melihat momen penuh kasih sayang itu.
Menerusi tinjauan di akaun Instagram milik Bella, satu video telah dimuatnaik yang memaparkan Bella menerima hadiah daripada YB Syed Saddiq. Menerusi video tersebut, Bella kelihatan begitu gembira ketika membuka setiap hadiah yang diberikan.
Apa yang lebih mencuit hati, Bella sempat berseloroh di ruangan kapsyen dengan mengatakan bahawa tunangnya kini sudah semakin pandai membuat kejutan. Kata-kata tersebut jelas menunjukkan kemesraan dan keakraban hubungan mereka yang semakin hari semakin erat.

Bukan itu sahaja, para peminat juga turut meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Ramai yang mendoakan agar hubungan mereka terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan hari bahagia mereka yang akan berlangsung pada tahun ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Auchhh tunang saya” lepas ni dari suami saya.. Semua wanita turut tumpang happy tengok Bella bahagia.. “
” Suka tgk Bella dgn natural skin colour dia. Dia tak perlu nak cucuk & ubah sana sini semata nak cantik. Keperibadian yg cantik dah cukup utk ‘menang.. “
” YB tipuuu…Kate nak hntr kat Bella…tp Bella yg dtg umah dia.. Hahahaha.. Apa2 pun memang pasangan ni sweet sangat.. “
” Wowww hadiah dri tunang Saya… Seronok tgk Bella happy… Yb mesti suka sbb tunang yb dah glowing dgn hadiah pemberiannya.. “
” Aku syak depa rakam sama sendiri hahahahahhaha.. Dia rakam Bella.. Bella rakam Yb hahaha.. Adoiiii terkena.. “
” Misi yb a.k.a en tunang berjaya la maknanya… Psni confirm bukan sekotak tapi berkotak2 la brg make up jenama ni ybss borong nti.. “
” Auntie seronok tgk Bella bahgia.. Tak sabar nak tengok wedding Bella dan YB nanti.. Semoga hingga jannah.. Aamiin.. “
Perkongsian ini bukan sahaja memaparkan sisi romantik YB Syed Saddiq, malah turut memperlihatkan kebahagiaan sebuah hubungan yang penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan. Momen seperti ini sememangnya mampu menyentuh hati ramai serta menjadi inspirasi kepada pasangan lain di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

