Connect with us

Artis / Selebriti

” Terubat rindu seorang ayah kepada anak perempuannya. Gembira tengok abah arw4h Sarah senyum.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Kenangan Percutian Raissuddin Hamzah Dan Makder Bersama Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah Dan Anak-Anak. Suka Tengok Family Ni, Abah Sarah Dah Jadi Abah Watie Juga. Muka Senyum Bahagia, Alhamdulilah !!

Semua orang tahu betapa akrabnya hubungan antara Shuib Sepahtu dan bapa mertuanya, Raissuddin. Walaupun arw4h Siti Sarah sudah bertahun kembali menemui Pencipta-Nya, Shuib tidak pernah sesekali mengabaikan Raissuddin yang dipanggilnya sebagai abah ini.

Malah Raissuddin juga pernah memberitahu yang Shuib selalu mengutamakannya dalam banyak hal. Abah Sarah sudah seperti abah kandung buat Shuib. Ke mana sahaja Shuib bercuti bersama anak-anak, pasti Raissuddin dan Makder akan dibawa bersama.

Meninjau akaun Instagram Makder, telah dikongsikan video ketika mereka sekeluarga bercuti dan meluangkan masa bersama. Aktiviti memancing antara aktiviti wajib yang dilakukan oleh anak sulung Shuib, Uwais Al-Qarni. Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat dalam video ini.

Watie dengan coklatnya tidak berenggang, si Matin dengan reaksi muka yang selalu lucu dan yang penting abah Raissuddin gembira bersama menantu barunya ini. Rezeki ada keluarga yang penuh dengan kasih sayang sebegini bukan semua orang boleh dapat.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Makder (@suciuwais)

Perkongsian oleh Watie di Instagramnya :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya suka melihat keakraban keluarga besar Shuib ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alhamdulilah seronok tengok, anak4 happy dengan mak baru. Watie pun nampak selesa dan kamcing dengan makder dan family. Semoga kalian terus menjaga silaturahim yg terjalin ini. Amin.. ”

” Rezeki yg termahal .. berkasih sayang krn Allah… bkn semua org direzekikan berkasih sayang dgn keluarga sebegini.. ”

” Semoga ikatan kekeluargaan ni berkekalan selamanya.. Suka tgk.. mcam adik Bradik plak makder ngan watie.. Gelak makder dgn watie lebih kurang je haha.. ”

” Semoga mcm ni smpi bila2… bhgia semua.. kaseh syg makder,mummy watie x beberbelah bhgi.. kmna2 bersama mcm ni, xlupa jgk baby ayash.. ”

” Alhamdulillah.. Kami tumpang happy tengok.. Semoga berkasih sayang Karena Allah hingga Jannah.. Semoga terubat rindu seorang ayah kepada anak perempuannya… gembira tgok abah arwah siti sarah senyum.. ”

” Bagus Shuib bawa ma ayah arwah Sarah ke mana je. Alhamdulillah.. suka tengok gambar ni.. semoga ukhwah silaturahin berpanjangan sampai syurga.. ”

” Best family ni.. Mak ayah arw4h dh mcm mak ayah shuib dan watie.. Semoga bahagia hingga ke jannah.. ”

” Alhamdulillah… mesti arw4h sgt happy bile tgk wife baru shuib menerima keluarga arwah seadanya… tahniah bang shuib sb kekalkan ikatan keluarga walaupun arw4h dh takde.. ”

Kasih sayang yang tulus dan ikhlas dan kebahagiaan itu bukan hanya Shuib dan keluarga yang merasainya tetapi warganet juga. Semoga ikatan kekeluargaan ini sentiasa utuh dan kekal berkekalan sehingga ke akhir nyawa dan bahagia selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Suciuwais, IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT