Artis / Selebriti
” Terlalu hebat atok Talita. Semua skill atok ajar Talita bukan biasa-biasa.. ” – Komen Netizen
Video Raissuddin Hamzah melatih cucunya, Dzahira Talita Zahra sebagai persediaan untuk show pertama di Bukit Bintan buat warganet kagum. Atok latih Talita dengan teknik sama macam arwah ibu dulu. Terbaik lah atok Raissuddin, skill tu mahal..
Semalam warganet dibanjiri air mata apabila menonton video perkongsian Shuib Sepahtu mengenai satu-satunya anak perempuannya dan Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra. Peluang keemasan hadir tanpa diduga untuk Talita apabila mendapat tawaran untuk menyertai content radio Era untuk menyanyi secara busking di Bukit Bintang.
Tidak membuang masa, Talita ditemani Shuib dan atoknya, Raissuddin Hamzah berlatih untuk memantapkan lagi vokal Talita. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Raissuddin sedang memberikan tunjuk ajar kepada Talita.
Raissuddin sememangnya penyanyi veteran yang banyak pengalaman. Satu demi satu teknik nyanyian diajarkan kepada Talita. Skill Raissuddin melatih Talita juga dipuji oleh warganet. Tidak hanya vokal tetapi juga keyakinan cucunya ini ditingkatkan lagi untuk berdepan dengan penonton yang ramai secara berdepan.

Pertunjukan pertama Talita di khalayak ramai yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat Siti Sarah khasnya. Atok menurunkan semua ilmu yang pernah diberikan kepada Sarah kepada Talita pula. Yang pasti, atok Raissuddin dan Shuib yang akan berdebar untuk melihat reaksi semua dengan persembahan Talita malam nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nak hantar kat atok la macam ni.. Patut la arwah siti sarah hebat…. rupanye ayah nye seorang guru yg ckup hebat.. the best atok ever.. “
” Beruntung Talita ada atok pandai macam ni.. hebatnya Atok Raisuddin ni dia bukan saja sedap suara menyanyi tp juga mengajar sendiri anak, cucu mengaji.. “
” Alah kalau aunty dekat i am sure to support u thalita syg.. But im in brunei .. Aunty support dkt sini je ok.. U can do it thalita … Semoga sentiasa success.. semua tak sabar nak tengok dekta nyanyi malam ni.. “
” Ayah arwah siti Sarah….. sy rasa sgt terbaru melihat video ini.. sebab terbayang2 waktu Arwah lagi kecil pasti ayahnya ajar begini juga… Alfatiha kepada Arwah Siti Sarah.. semoga dia berada dengan org2 yg beriman Dan ditempatkan di syurga Firdausi.. Amin.. “
” Tak payah susah-susah nak tempah nama.. malam ni 1 Bukit Bintang kenal ko dik.. atok supporter tegar cucu2 nya. sblum ni atok slalu teman kn abg main golf. skrg talita pulk.. “
” Atok jadi guru vocal Dekta, terbaik lah.. Terlalu hebat atuk talita.. semua skill atok ajar talita bukan biasa-biasa.. semoga atuk sentiasa sihat.. sy sebagai ibu .. sy tahu atuk teramat rindu dkt arwah.. “
” Sedapnya sedih la dengar.. Mcm mn aunty dl meminati n menyokong arwah ibu awak.. begitu jugak dgn awak dekTa.. good luck.. “
Atok telah mencurahkan segala ilmu yang ada dengan harapan Talita akan dapat melakukan yang sebaik-baiknya malam ini. Untuk Talita, buat sehabis baik dan banggakan atok Raissuddin, daddy, ibu , mommy dan seluruh keluarga. Jangan lupa semua jam 9 malam ini di hadapan McD Bukit Bintang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

