Artis / Selebriti
” Ning training lagu Kelate, dengan husband sekali jadi join. Terhibur, tak larat nak gelak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ning Baizura berlatih menyanyi lagu tugasan, ‘Bey Soba Bey’ bersama suaminya, Omar Sharif buat warganet terhibur. Seronok Ning menyakat sebutan Omar, susah tu loghat Kelantan. Lawak betul pasangan ni. Haha..
Untuk tugasan bagi konsert Gegar Vaganza minggu ke 7, semua peserta mendapat tugasan lagu yang di luar jangkaan mereka. Antara yang mendapat sorakan ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi pada minggu lalu adalah Ning Baizura. Untuk info, Ning mendapat lagu yang perlu dinyanyikan dalam loghat Kelantan.
Ning ditugaskan untuk membawakan lagu Cinta Setandan Pisang atau popular di kalangan warganet sebagai lagu ‘Bey Soba Bey’. Agak mencabar untuk Ning dan Ning memulakan latihan supaya persembahannya berjalan lancar. Tidak berseorangan, Ning turut mengajak suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton berlatih bersama-sama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ning Dalton, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan sesi latihan Ning bersama Omar. Bukan mudah untuk menyanyi dalam loghat Kelantan, apatah lagi Omar berbangsa Inggeris.

Suara Ning dipuji oleh warganet dan ramai menyukai tone suara Ning menyanyi lagu itu. Tergelak Ning mendengar sebutan Omar dan ketawanya membuatkan warganet yang menonton turut sama terhibur. Beruntung Ning ada suami yang sporting seperti ini, sangat-sangat supportive.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kak, kau jangan bantai gelak atas pentas nanti dah le haha.. comel pasangan ni.. kelakar dua-dua.. semoga kekal hingga ke jannah.. “
” Best lah cik abe layan skali kecek kelate haha.. Kak ning training lagu kelate, dengan husben sekali jadi mangsa haha.. good sparing ni.. “
” Haha terhibur tak larat nak gelak.. minggu ni memang minggu kelakar.. kelakar betul husband ning.. kita tengok pun tergelak sama.. “
” Lain mace bunyi dio beyy haha.. kita gelak jugak ni haha.. kelakar.. ada la sikit kecek kelate tu. lawak lah suami ning.. “
” Good luck ning baizura.. bey soba bey, bey rilek bey.. eh sedap la kak ning nyanyi lagu ni… tone halus je sgt sesuai.. “
” Rosak dapat pasangan duet macam ni haha.. mat saleh kecek kelate ni kak ning.. tanpa sedar si suami pun belakar lagu loghat kelate.. “
” Eh sedap la pulak dengar.. Best lah tone suara Ning nyanyi lagu ni.. bunyi dah tu sikit-sikit.. takut ning gelak masa nyanyi nnti kat gegar Vaganza haha.. “
Bukan hanya Ning yang berlatih, si suami pun terjebak sama berlatih lagu kesukaan ramai ini. Sebutan dan nada suara Ning kedengaran serasi dengan lagu ini. Good luck Ning untuk konsert GV nanti. Jangan Ning tergelak atas stage nanti sudah lah Ning, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ning Dalton
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti7 days ago” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen

