Artis / Selebriti
” Tersengih-sengih tengok Ning dengan Mamat ni. Tangan Mamat menggigil-gigil, haha.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Ning Baizura menyanyikan lagu Tiada Lagi Dan Senggol Senggolan Cubit Cubitan. Penampilan Mamat Exist raih perhatian ramai. Wah rare lah moment bila Ning dan Mamat ni. Bukan main sweet lagi, hehe..
Ning Baizura antara penyanyi senior yang mempunyai ramai peminatnya tersendiri. Kehadiran Ning sebagai peserta Gegar Vaganza 11 mendapat sokongan ramai penyokongnya. Saban minggu, Ning melakukan persembahan yang terbaik dan semua terhibur dengan nyanyian Ning.
Berjaya melangkah ke pentas suku akhir, Ning menyambut cabaran untuk menyanyikan lagu dangdut dan rock. Sesuai dengan tema Gegar Vaganza pada minggu ini ‘ Rockdut’, Ning menyanyikan 2 buah lagu iaitu Tiada Lagi dan Senggol Senggolan Cubit Cubitan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan sedutan video untuk persembahan Ning semalam. Vokal Ning semakin baik dan ramai yang suka mendengar Ning menyanyi lagu genre dangdut.

Lagu dangdut apabila dinyanyikan oleh Ning dibawakan dengan versi yang berbeza. Penampilan khas Mamat Exist bersama-sama Ning di pentas meraih sorakan daripada penonton. Nampak cheeky betul Ning ketika itu, tersenyum-senyum Mamat dan semua yang menonton juga turut tersenyum melihat telatah Ning.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astromalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setiap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka! #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroOne #fyp #JomUsha @Vaganzers
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ning dh guna teknik soprano, wow.. Ning ni dia buat persembahan like penghibur sebenar… bukan semata utk kejar no…. She deserve to be a winner.. “
” Sedap suara dia.. lain mcm aura mlm ni.. Seronok dgr Ning byk guna true voice dia, tk lah kepit (soprano/falseto) memanjang.. tersengih sengih aku tengok ning dengan mamat ni. cute betul.. “
” Simply amazing, mantap lah Ning.. ning memng dah diva yg humble.. Suara Ning memang bagus. Takda mcm di paksa-paksa.. “
” Lain mcm Kak Ning minggu ni yer wowww sgtttt.. ingatkan NB berduet dgn Mamat time lagu dangdut tu sbb mmber tgh pegang hehe.. “
” Amboii… best betul.. ning nih semakin hebat d pentas GV… bakal juara.. Lepas Abis GV ni… Ning boleh pukul semua lagu.. “
” First time tengok orang nyanyi dangdut duduk.. tangan mamat mengigil gigil haha.. seronok tengok ning enjoy je performed.. “
” Vocal Ning makin konsisten dan lemak merdu… feel power sampai ke hati… keep it up.. Super Ning. Layak juga jadi JUARA. Teruskan usaha.. “
” Merdunya alunan Ning Baizura, lenggoknya dengan tona musik dan sebutan sopranonya membawa suasana yang sangat berbeza dan menakjubkan, itulah Ning Baizura! a’aaabadi je semua orang kalah.. “
Bukan hanya penonton di dewan yang terhibur tetapi penonton di rumah juga seronok melihat persembahan Ning itu. Mamat pun tersenyum-senyum menemani Ning di atas pentas. Teruskan usaha dan semoga Ning juga beroleh kejayaan dan layak ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Astro Malaysia, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

