Artis / Selebriti
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
Video ibu YB Syed Saddiq buat prank call dan berlakon sebagai peminat Bella Astillah buat ramai terhibur. Wah menjadi sungguh lakonan cikgu Shariffah Mahani, sampai terkejut Bella bila tahu. Mahu tak berdebar bakal mak mertua yang call, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan panggilan telefon daripada ibu YB Syed Saddiq iaitu Puan Sharifah Mahani terhadap Bella Astillah telah membuatkan ramai terhibur. Panggilan telefon tersebut merupakan prank buat Bella.
Puan Sharifah Mahani menyamar sebagai peminat Bella dan hanya memperkenalkan dirinya sebagai cikgu sahaja. Bella telah menerima pujian yang cukup menerusi nyanyian serta lagu terbaharunya. Lakonan daripada Puan Sharifah Mahani cukup hebat sehingga Bella tidak menyedarinya.
Namun akhirnya lakonan tersebut terkantoi apabila Bella bertanya nama sebenar pemanggil tersebut. Apabila mendengar nama Puan Sharifah Mahani, Bella dilihat begitu terkejut besar tidak menyangkakan dirinya kena prank sebenarnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pandai Puan Sharifah Mahani berlakon dan ramai yang memuji kelembutan suara ibu kepada Syed Saddiq ini yang dilihat cukup mesra.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Tunggu jugak bella nak dgr bella bahasakan mak yb apa td..sampai hbs x panggil apa2 …bella control..kot terkeluar panggil mama ke .. “
” Alhamdulillah…semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan eratkan hubungan Bella dan Mama yb Syed Saddiq dengan penuh kasih sayang sampai syurga… Aamiin.. “
” Ya Allah tak sangka betul tu mama yb.. terkejut bella rupa2nya bakal mak mertua tell.. Mama ybss sweet jer.. Hahaaha Berdebar2 bella suara MIL.. “
” Next level era ek. Bakal mother in law terus dia bawak .. Lembut ya mak yb ckp dgn Bella.. Pandai mama berlakon eh. Hahahha.. “
” Cikgu.. berani dia nakal kan anak cikgu.. Bella kena usik dgn bakal mak mertua,tp menantu mak mertua aku pulak yg tersengih.. “
” Amboi dgn aku aku skali tersengehhhh macam org tak betul cikgu wei hahahah pandai cikgu berlakon nohhh.. Bella asyik ckp sound familiar…. Mesti dia kenal sgt suara mak ss.. “
” Awal2 Bella dah mcm dah kenal suara tu. Tp dia xsure sbb cikgu suka lagu dia. Mana netizen yg kata team bass delulu tu …sudah terang lagi bersuluh .. “
Sporting sungguh Puan Sharifah Mahani untuk mengenakan Bella. Dari sini dapat dilihat betapa rapatnya Bella dengan ahli keluarga YB Syed Saddiq. Mahu tidak berdebar apabila bakal ibu mertua membuat panggilan prank call sebegini, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

