Connect with us

Artis / Selebriti

” Teringat arwah Siti Sarah yang merengek minta itu ni, sampai rela c1um ketiak suami.. ” – Netizen

 Video Gelagat Anak Sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni Keluar Shopping Bersama Odey Raih Perhatian Ramai. Alahai Uwais Punya Gaya Merengek Tu Macam Arwah Ibu Sangat. Pandai Memujuk Uwais Ni, Cair Jugak Odey Akhirnya !!

Semenjak ketiadaan arwah Siti Sarah, anak sulungnya, Uwais Al-Qarni banyak dijaga oleh bapa Siti Sarah, Raissuddin dan mak tirinya, Makder atau dipanggil Odey oleh anak-anak Siti Sarah. Keakraban Uwais dan Odey dapat dilihat dari video-video yang dimuatnaik oleh Odey.

Pada perkongsian terdahulu, Odey ada berkongsi video menemani Uwais membeli mainan Hot Wheel di sebuah kedai. Sampai bersila Uwais di lantai kedai gara-gara asyik memilih kereta mana yang menarik perhatiannya. Beratus ringgit juga Uwais berhabis untuk hobinya itu.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Suci Uwais, telah dimuatnaik satu video terbaru yang memaparkan Uwais menambah koleksi kereta Hot Wheel nya. Memilih 2 biji kereta yang berharga RM30, Uwais mula membuat mimik muka apabila Odey menyuruhnya membayar mainan tersebut.

Uwais kelihatan merengek-rengek meminta dibelikan mainan itu. Apabila Odey setuju, tersenyum lebar sampai ketelinga si Uwais ini. Kata Odey, dia lemah kalau bab Uwais memujuk dan merengek. Selagi tidak dapat barang yang dimahukan, selagi itu lah Uwais merengek.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Odey ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Percayalah sekarnag kita nampak uwais ngada-ngada manja sangat dengan odey. Nanti bila besar dia jadi macam bodyguard oder dan atuk. Menjaga kesayangan insha Allah.. ”

” Teringat arwah siti sarah yg merengek2 minta itu ni, smpai rela cium ketiak suami, dah la rupa uwais ade iras ibu dia.. alahai.. ”

” Odey da dpt Hermes. Apa sgt la hotwheel yg brapa blas/puluh ringgit tu kan.. kan kan.. sebijik perangai ibu dia lah uwais ni.. merengek tu sepesen.. ”

” Sbb tu odey suka dok gan atok and odey..sbb die sng nk paw.. hahahaha.. Ger4m pulak nengoknya. Kemain dia eh berjaya pujuk tu.. ”

” Allah ambil mak nya Allah gantikan odey tempat dia bermanja… dah macam ibuu dengan anak.. suka tengok Odey melayan uwais.. ”

” Beruntung uwais tau.. Odey dgn atuk syg sgt2 kat uwais.. Kesayangan odey n atok. berjaya kau yea Uwais pujuk Odey.. ”

” Comel uwais.. dia yg sulong tp manja.. Alhamdulillah seronok tgok dia hn odey. odey pn baik. moga Allah kurniaan kesihatan yg brroanjangan utk odey rezeki yg berlimpah. uwais blh paw selalu.. ”

” Cara dia memujuk tu sweetnya la Uwais, manja sangat ni. Odey pun sporting, happy je uwais. Perangai merengek tu sebijik macam ibu lah uwais.. ”

Manja sungguh Uwais apabila dengan Odey kesayangannya itu. Odey pula jenis cepat cair, termakan juga dengan pujuk rayu si Uwais. Gaya merengek Uwais tu memang sebijik macam gaya ibunya. Apa-apa pun, semoga Uwais menjadi insan yang berjaya dan membalas kebaikan Odey dan Atuk apabila dewasa nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Suci Uwais

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT