Artis / Selebriti
” Rezeki Tiara sekeluarga, tengok Tiara tidur penat berniaga sebak lah pulak.. ” – Netizen

Video Anak Achey, Tiara Zinnirah Menjual Candy Ketika Live Mendapat Sambutan Luar Biasa Buat Warganet Tersentuh. Terkejut Achey Tengok View Live, Menangis Anne Terharu Dengan Sambutan Untuk Anak Dia. Sekejap Je Sold Out Candy Tiara. Gifts Pun Banyak Dapat !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelawak, Achey Bocey pasti mengetahui Achey suka berkongsi video gelagat anak perempuannya, Tiara Zinnirah. Video paling mencuit hati ramai adalah Tiara suka mengikuti Acey pergi solat Jumaat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Achey, telah berkongsi video live di akaun Tiktok semalam. Menerusi video itu, Achey, isteri Achey, Anne dan juga Tiara sedang membuat jualan candy. Tidak disangka live mereka telah mendapat sambutan luar biasa daripada warganet.
Dalam masa dua jam sahaja, 3000 pack telah dijual dan hal itu telah membuat Achey dan Anne turut sebak kerana ramai yang memberikan sokongan perniagaan candy anak mereka. Difahamkan perniagaan candy ini adalah idea daripada Tiara sendiri.
Selain itu, meskipun kelihatan Tiara sudah tidur kerana kepenatan, view live tersebut semakin naik dan ramai yang telah memberikan pelbagai gifts kepada Tiara. Sehingga kini, video ini telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
@fansviralmalaysia Tiara candy sambutan yang luar biasa 🤲🏻 #tiara #acheykintangkintung #tiaracandy
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rezeki Tiara sekeluarga, tengok Tiara tidur penat berniaga seb4k lah pulak.. Sy jarang komen.. Sy follow dan baca tentang Tiara sejak dia popular dgn kisah tiang gol tersangkut dekat rambut dia, hehe.. “
“Ahamdulillah. Rezeki Allah maha luas. Semoga Tiara sentiasa dalam lindunganNya. Dan semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik ayah ibu sekeluarga.. “
” Sebak tngok live.. Jaga la sebaik-baik amanah Allah ini. Dia la asbab rezeki kluarga Korang dimurah kan. Bertuah Achey & wife anak sebijak Tiara.. “
” Astaghfirullahalazim, Subhanallah.. Sungguh pembawa rezeki budak tiara ni, Alhamdulillah.. Keep it on Tiara… Luv u.. “
” Sampai limit ye . Dalam masa 2jam 3000 oder . Semoga murah rezeki anak solehah.. Kami hanya support mana termampu . Tak sabar tunggu candy Tiara.. “
” Saya tengok sampai habis tau.. Sumpah sebak tau.. Lagi2 tengok Achey dan isteri pun menangis, semoga korang murah rezeki.. “
” Anak membawa rezeki, Alhamdulillah, berkat Tiara suka ikt ayah pergi solat jumaat.. Moga membesar jadi anak yang solehah buat ayah dan mama ya Tiara.. “
Perkongsian Achey itu sedikit sebanyak turut mengundang sebak pengikutnya. Tiara memang anak yang membawa rezeki. Semoga permulaan perniagaan Tiara ini akan membuat Tiara lebih bersemangat dan didoakan agar Tiara membesar menjadi anak yang baik, amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung, Tiktok @fansviralmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen