Artis / Selebriti
” Happy birthday Tiara. Wah hebatnya hadiah yang dia dapat.. ” – Komen Netizen
Video Achey Bocey dan Anne memberikan kejutan hadiah hari lahir untuk Tiara Zinnirah. Terkejut dan happy sangat Tiara tengok hadiah tu, sampai melompat-lompat. Sebak pula part Tiara peluk Ayah dan Mama dia..
Hari ini genap lah usia anak kepada pelawak, Achey Bocey dan Anne iaitu Tiara Zinnirah Nasir yang ke 8 tahun. Dari kecil Tiara ditatang bagai minyak yang penuh dan menjadi penghibur hati Achey dan Anne. Sempena ulangtahun kelahiran Tiara pada tahun ini, Achey dan Anne memberikan satu kejutan istimewa untuk anak mereka.
Meninjau entry di akaun Instagram Anne Achey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Tiara ketika menerima kejutan tersebut. Tiara seakan sudah mengetahui ayah dan mamanya akan memberikan hadiah pada hari lahirnya itu.
Ketika bonet belakang kereta MPV mereka dibuka, kelihatan belon-belon berwarna merah dan putih di samping satu hadiah berbungkus pembalut berwarna biru. Tiara tidak sabar untuk melihat hadiahnya dan terus mengoyak kertas pembalut tersebut.

Tiara spontan melompat ketika melihat hadiah itu kerana terlalu gembira. Tiara juga memeluk Achey dan Anne sambil mengucapkan ucapan terima kasih. Seronok betul Tiara kerana mendapat hadiah yang diidam-idamkan oleh ramai kanak-kanak. Boleh lah Tiara bermain bersama Achey selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Happy birthday tiara…ahh sudah anak aku nampak video ni.. nak jugak super bike..kopakkk mak nak oiii.. “
” Happy birthday Tiara…Wahhhh hebatnyaaa hadiah yg dia dpt…jgn merempit laju2 tau sayang tok ma…semoga tiara jadi anak yg baik dan solehah..berbakti pd ibu dan ayah.. “
” Pejam celik pejam celik dh nk dewasa dh tiara…terasa bru je tgok tiara baby dulu….skrg tiara dh hampir nk dewasa….tiara anak yg baik dan rezeki ayah mama …tiara anugerah Allah swt yg bernilai UTK ayah dan mama… selamat hari jadi tiara Chomel.. “
” Happy Birthday Tiara.. tiara dpt surprise,kita kt sini yg happy. Cantiknya moto birthday girl.. Semoga membesar dgn sht..Moga JD ank solehah berjaya Dunia Dan akhirat.. “
” Suka nya dia, happy birthday Tiara.. mantap motor tiara.. punya excited tiara dapat hadiah idaman dia.. rezeki tiara.. “
” Happy birthday tiara.. aunty tgk tiara dr baby lagi now dah besar.. panjang umur murah rezeki, belajar rajin2 ya.. “
” WAh bukan kaleng-kaleng hadiah birthday Tiara.. macam bapaknya yang main nanti ni haha.. happy birthday Tiara sayang.. “
Warganet tumpang gembira melihat kegembiraan Tiara apabila mendapat motorcross tersebut. Seronok sungguh Tiara dapat bermain motorcross itu. Selamat hari lahir Tiara daripada kami di Berita Kopak. Semoga Tiara menjadi anak yang solehah dan kebanggaan Mama dan Ayah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

