Artis / Selebriti
” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
Video anak DS Aliff Syukri, Raudhah Arshiyah bercakap dalam bahasa Inggeris ketika tuisyen di rumahnya buat ramai kagum. Wah, syoknya dengar Raudhah speaking. Dia punya slang tu yang mahal, cair dengar..
Bagi yang mengikuti usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, pasti mengetahui bahawa bukan sahaja dirinya yang sering menjadi perhatian warganet, malah anak-anaknya juga turut mencuri tumpuan ramai. Antara yang sering meraih perhatian ialah Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan juga Raudhah Arshiyah.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik yusoffalqardawi_terlajaklaris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Raudhah ketika mengikuti sesi kelas tambahan di rumah bersama seorang guru bagi subjek Bahasa Inggeris.
Apa yang mencuri perhatian warganet adalah cara Raudhah bertutur dalam bahasa Inggeris yang kedengaran begitu fasih dan yakin. Malah, sebutan serta slang yang digunakan Raudhah juga dikatakan sangat sedap didengar sehingga membuatkan ramai yang kagum mendengarnya.

Bukan itu sahaja, cara Raudhah bercakap turut disamakan seperti “mat salleh” oleh netizen. Walaupun masih kecil, Raudhah dilihat begitu petah menjawab soalan dan mampu berkomunikasi dengan baik sepanjang sesi pembelajaran tersebut berlangsung.
Tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet dan di ruangan komen, ada yang memuji Raudhah. Antara komen menarik adalah :
” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British.. Bijak Raudhah nie otak macam Abang Amayan.. So cute Raudhah Arshiyah, moga jadi anak yg solehah.. “
Selain itu ada yang meluahkan rasa teruja melihat kepandaian Raudhah dan memuji cara didikan keluarga DS Aliff serta menyifatkan Raudhah sebagai seorang kanak-kanak yang bijak dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi seperti abang sulungnya, Ammar.

Perkongsian video ini sekali lagi membuktikan bahawa anak-anak DS Aliff sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai. Telatah serta keletah Raudhah yang comel dan petah bercakap itu turut membuatkan ramai terhibur selain kagum dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

Silakan SHARE..
Sumber : IG yusoffalqardawi_terlajak laris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

