Connect with us

Artis / Selebriti

” Masa tu Kak Ji menangis, Kak Ji cakap.. ” – Ziana Zain

Video Ziana Zain menangis bercerita tentang sikapnya yang ditiru oleh anaknya buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Ziana menangis, Erra pun tak dapat menahan air mata dengar..

Meninjau di akaun Instagram milik kasionzchannel, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi terkenal, Ziana Zain menjadi tetamu jemputan podcast tersebut. Menerusi video itu, Ziana berkongsi kisah menyentuh hati mengenai cara dirinya menyantuni arwah kedua ibu bapanya ketika mereka masih hidup.

Menurut Ziana, dia sentiasa berusaha membahagiakan kedua ibu bapanya dengan membeli apa sahaja yang mereka perlukan walaupun tidak tinggal serumah. Malah, segala yang dilakukan itu bukan kerana diminta, sebaliknya lahir daripada rasa kasih dan tanggungjawab seorang anak terhadap insan yang telah banyak berkorban membesarkannya.

Ketika bercerita, jelas kelihatan wajah Ziana cuba menahan sebak apabila mengenangkan pengorbanan arwah ibu bapanya. Lebih menyentuh hati, Ziana turut berkongsi bahawa kini anak-anaknya pula melakukan perkara yang sama terhadap dirinya, sebagaimana dia pernah lakukan kepada kedua ibu bapanya suatu ketika dahulu.

Pesan Ziana, jangan sesekali berkira atau kedekut dengan ibu bapa selagi mereka masih ada. Baginya, peluang untuk berbakti kepada orang tua adalah nikmat yang tidak semua orang masih miliki. Kata-kata itu begitu mendalam sehingga turut membuatkan rakan pengacara, Erra Fazira kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kadang mak bising mcm tu sbb dia taknak kita bazir duit. Tp sebenarnya dia suka, cume pura pura je ckp tak perlu sbb takut duit kita abis.. “

” Suka betul karakter ZZ.. Walaupun dia artis yg terkenal.. Setiap kehidupan beliau disusun dgn nilai2 kemelayuan & kekeluargaan.. “

” Beradab dan berbudi pekerti kak Ziana Zain kita ni… Banyak kita tak tahu keperibadian kak Ziana Zain.. semoga kak Ziana terus kuat melalui kehidupan tanpa ayah dan mak disisi.. “

” Kak Gee, tiap kali sharing mesti akan ada cerita tentang mak ayahnye.. Dia sentiasa muliakan mak ayahnye dan sentiasa pesan pada peminat dia, orang ramai tentang hormat orang tua, ingat Allah, pasal berdoa, pesan buat baik.. “

” Tersentuhnya dgar apa yang kakgee cakap tu. Kadang kita beli mcm² bukan sbb nk mmbazir,tp sbb nk sama merasa moment² yg kita tak tahu bila Tuhan ambil semula mereka.. “

” Suka dengar sharing kak Ziana dimana mana Podcast. Teringat dan terbayang2 Murninya nasihat arwah Pak Zain pada anak anak dan didikan arwah pada anak anak kini turun kat cucu pula.. “

” Betul³, anak² tengok layanan orang tuanya pada orang tuanya yang lain.. Kak Ziana memang anak yg baik . Tu pasal rezeki dia murah sampai ke hari ni.. “

Perkongsian tersebut turut menyentuh hati ramai netizen yang menonton. Ada yang mengakui tersedar bahawa kasih sayang terhadap ibu bapa tidak seharusnya ditangguhkan kerana suatu hari nanti yang tinggal hanyalah kenangan dan rasa rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG kasionzchannel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak