Artis / Selebriti
” Dia pun dah lonely dah lama kan, dia cakap.. ” – Ziana Zain
Video perkongsian Ziana Zain apabila mengetahui Erra Fazira kembali ingin berumahtangga tidak lama lagi. Rupa-rupanya Erra ada mengadu pada Ziana sebelum ni, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik majalahnona, telah dikongsikan video temubual bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain. Menerusi video itu, Ziana meluahkan rasa syukur melihat sahabat rapatnya, Erra Fazira, kembali menemui kebahagiaan selepas 11 tahun menjalani kehidupan solo.
Kata Ziana, perkhabaran itu bukan sahaja menggembirakan hati para peminat, malah dirinya yang menyaksikan sendiri perjalanan hidup Erra selama ini. Menurut Ziana, Erra pernah berkongsi rasa kekosongan yang kadangkala menyelubungi dirinya sebagai seorang ibu tunggal.
Selain itu, apabila ditanya tentang bilakah gilirannya pula, Ziana atau mesra dipanggil Kak Gee begitu optimis dan menyerahkan segalanya kepada takdir, sambil menegaskan bahawa kebahagiaannya kini tertumpu sepenuhnya pada keluarga dan anak-anaknya.

Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa teruja dan menitipkan ucapan tahniah buat Erra, malah tidak kurang juga yang turut mendoakan jodoh yang baik buat Ziana. Ada yang menyatakan mereka sudah lama menantikan saat ini, dan berharap agar perkahwinan Erra kali ini membawa kebahagiaan yang berkekalan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Peminat no1 kakgee from S.wak doakan kakgee bahagia dgn anak2 semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kakgee dan buka luas rezeki kakgee sllu.. “
” Alhmdulillah, subhanallah.. Aminnyra.. Doa yg baik² jgk utk kak Ziana skluarge. luv akk dr dlu smpi skrg.. Semoga kak Ziana juga akan bertemu bahagia nanti.. “
” Alhamdulillah.. Moga yang baik2 utk semua dan dipermudahkan semua urusan.. Aamin3x yra.. Dua2 maintain muda, cantik.. “
” Saya nak doa yang baik-baik juga untuk Kak Gee.. InsyaAllah Kak Gee juga berhak bahagia.. Semoga kebahagiaan itu akan datang nanti dengan bertemu dengan orang yang tepat.. “
” Tahniah buat Erra dan pasangan, akhirnya setelah lama single, bertemu juga cintanya. Semoga segala urusan dipermudahkan dan rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. “
” Alhamdulillah, Kak Gee pastinya mahukan yang terbaik buat sahabat karibnya.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.. Tak sabar nak tengok Erra kahwin.. “
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Erra bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Ezwan Zain. semoga segala urusan menjelang hari bahagia Erra dan Ezwan akan dipermudahkan serta rumahtangga yang bakal dibina kelak kekal bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen

