Artis / Selebriti
” Kita jumpa arwah Pak Zain, boleh bawa tak Ziana dating.. ” – Diva AA
Video Azwan Ali bercerita kisah keluar dating bersama Ziana Zain di podcast Kasi Onz buat warganet terhibur. Amboi bukan main muncung lagi mulut Erra melayan gosip dengan Diva AA tu. Kelakar lah reaksi Erra, haha..
Podcast Kasi Onz Channel yang dikendalikan oleh Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain kembali dengan episod 22 bersama tetamu jemputannya, Azwan Ali atau Diva AA. Pedas, Tapi Natural adalah tajuk perbincangan podcast untuk episod kali ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu video sedutan yang memaparkan Azwan berkongsi kisah keluar dating bersama penyanyi dan pelakon hebat, Ziana Zain. Bagi yang mengikuti Azwan, pastinya mengetahui kisah cinta Azwan dan Ziana ini.
Azwan sangat menyayangi Ziana, namun sayangnya di hati Ziana, Azwan tidak lebih daripada seorang sahabat. Sekali pun cinta Azwan tidak berbalas, mereka berdua tetap bersahabat baik sehingga ke hari ini. Pada podcast ini, Azwan mendedahkan Hotel Concorde adalah port datingnya bersama Ziana.

Azwan tidak sewenang-wenangnya membawa Ziana keluar dan dia meminta keizinan daripada ayah Ziana terlebih dahulu. Warganet terhibur melihat cara Erra melayani kerenah Azwan dengan reaksi wajahnya yang mencuit hati itu. Muncung terus mulut primadona apabila bergosip dengan Diva AA.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Erra pun melayan haha.. ngek betul, kelakar tengok.. Kuat menganjing ehh erra.. Lawaklah Erra dgn memek muka tu cute sgt.. “
” AA ni mmg falling in love betul dgn zz , cuma bukan jodoh diorg.. allah dh tentukan. Jodoh, ajal rezeki kita.., tpi salute until now AA masih igt segala kenangan dia dgn ZZ.. “
” Diva AA ni mmg handsome masa muda tau, terpelajar, mmg Diva sgt jdk pengacara.. meletup, kalau filem2 lama dia berlakon dgn badrul muhayat, sofea Jane, bkn kaleng2 Diva ni.. “
” Erra jawap ” tak mampu ‘ dengan bulatkan mulut tu comel je haha.. Tapi saya jumpa erra dengan puteri dia tengah makan kat concorde dulu. Mampu… Haha.. “
” Dia ni cinta mati betul eh dgn ZZ.. Betul2 frusted dia dgn ziana zain kan..klau la ziana pilih azwan ali.. da la hensem.. kaya dan genius bekarya masa tu.. “
” Sayang betul AA dgn ZZ. Hahahah erra ni lawak betul la… Happy tgk dia skrg… Muncung kak erra comeiiiiiii ngatttt.. “
” Amboi2… dengan muncungnya membawang ekkk primadona ku haha.. Kak erra klo gosip, bukan main lagi.. nak tergelak kita.. mulut memasing terjongkit jerkkkk.. “

Terhibur melihat reaksi wajah Erra ‘membawang’ dan melayani gosip bersama Azwan itu. Ziana memang cinta sejati Azwan, namun takdir sudah tertulis, antara mereka tiada jodoh dan lebih sesuai sebagai kawan baik sahaja. Semoga Azwan Ali terus bahagia dengan kehidupannya bersama insan tersayang.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasionzchannel , Youtube Channel Kasi Onz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

