Artis / Selebriti
” Tak sangka padu habis suara Aisha dan Kak Lina bawa lagu galau macam ni. Sedap weh, sumpah tak tipu.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein berduet bersama Aisha Retno menyanyikan lagu bertajuk Mencintaimu, nyanyian asal Kris Dayanti raih pujian ramai. Fuh meremang betul dengar suara masing-masing, padu sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Elly Mazlein berduet bersama Aisha Retno. Menerusi video itu, Elly dan Aisha memilih lagu bertajuk Mencintaimu, nyanyian asal Krisdayanti.
Kelihatan pada awalnya Aisha memulakan dahulu nyanyian dan disambung pula oleh Elly. Nyanyian duet Elly dan Aisha ini telah menarik perhatian ramai. Ramai yang meluahkan rasa teruja serta memuji kelunakan suara Aisha membawa lagu galau seperti ini.
Komen warganet, sememangnya Aisha seorang penyanyi yang memilik suara yang ‘mahal’ kerana mampu membawa pelbagai genre lagu. Komen warganet lagi, mereka tidak menyangka lagu Mencintaimu versi Elly dan Aisha ini menjadi begitu sedap seperti ini.

Sehingga kini, video nyanyian Elly dan Aisha tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Sedap sungguh gabungan suara Aisha dan Elly. Kedua-dua penyanyi ini memang antara penyanyi yang sangat berbakat dalam bidang seni suara.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai nyanyian duet Elly dan Aisha serta pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak sangka padu habis suara Aisha dan Kak Lina bawa lagu galau macam ni. Sedap weh, sumpah tak tipu.. Korang berdua ni boleh buat buat lagu satu berduet, mesti meletop.. “
” Suara dan cara Aisha bawa lagu mmg buat aku gerammm, berapi suara dia.. Kak Lina macam biasa, kalau menyanyi terus jadi Elly Mazlain.. “
” Aisha Retno kena buat lagu mcm ni banyak2 la lagu2 galau.. Suara dia memang kena dengan lagu2 macm tu.. Kita dengar pun rasa terbuai2.. “
” Wehhh serious tak sangka sedap je dgr. Tak jadi nak gelak. Padu lah dengar Aisha dan Elly cover lagu ni.. Betul2 rasa sampai ke hati.. “
” Menusuk ke hati ye bila Aisha Retno dan Elly Mazlein nyanyi ni.. Dorang nyanyi pakai hati ke.. Auto sedih lah layan lagu ni, huhu.. “
” Patut Aishah masuk one in a million.campak la lagu Ape pun,dia boleh bawak.. Kak Lina pun suara dia masih berbisa, mantap.. “
” Ecah ni memang riff n run dia killer betul.. Kak lina pon power feel diaaaa.. Dah macam konsert.. Lurveee sangat suara korang beb.. “
Aisha dan Elly betul-betul menjiwai lagu ini dengan penuh penghayatan sehinggakan para pendengar pun merasainya. Apa-apa pun, setiap minggu segmen Carta Era 40 sentiasa dinantikan oleh warganet kerana tidak sabar menonton video nyanyian duet oleh pengacaranya, Elly bersama artis jemputan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


