Artis / Selebriti
” Ini kisah saya. Tidak sangka dah tua dah saya, dah boleh panggil pakcik dan makcik.. ” – Dato’ Aliff Syukri

Perkongsian Dato’ Aliff Syukri kisah hidupnya dari bawah sehingga berjaya buat ramai kagum. Wah patut lah Dato’ Aliff berjaya sekarang, salute lah..
Dato’ Aliff Syukri antara jutawan yang menjadi sebutan ramai. Bukan jalan mudah untuk Dato’ Aliff meraih kejayaan seperti sekarang dan banyak liku dan dugaan yang telah ditempuhinya untuk berada di tahap ini. Dari bukan siapa-siapa menjadi seseorang, Dato’ Aliff membuktikan kerja kuat tidak akan mengkhianati hasil.
Meninjau entry di akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan kisah hidupnya bersama gambar-gambar bersama tulang belakang yang selalu menyokong semua usahanya selama ini. Tidak pernah menumpang nama Bonda Rozita untuk berjaya, semuanya dilakukan sendiri.
Dato’ Aliff berniaga di pasar tani bersama Datin Shahida dan dari situ perniagaan mereka mula berkembang sehingga lah mereka berjaya mempunyai wisma sendiri dan ratusan pekerja. Bantuan Datin Shahida untuk mengukuhkan lagi perniagaan ini cukup besar maknanya untuk Dato’ Aliff.
Datin Shahida isteri yang sanggup susah senang bersama-sama. Megahnya Dato’ Aliff berdiri pada hari ini semuanya berkat doa Datin Shahida dan juga bonda Rozita. Pengalaman banyak mengajar Dato’ Aliff erti sebuah kehidupan dan mematangkan dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 80 ribu tanda suka dan lebih 1000 komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Betul membangkit kan semangat peniaga kecil mcm aku mereka berdua terlalu rajin .. ya Allah malu sungguh kalau kita malas . Tahniah dato dan datin . Inspirasi buat semua.. “
” Touching video perjalanan hidup . Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga besar Ds. Tc.. “
” huge respect, dato angkat darjat isteri saat ada org menghina die .. semoga berkekalan hingga ke jannah.. tahun ni dato nampak matang, sy bangga dgn dato.. “
” Apa yg sy ingat, ms awal nama dato naik, xde sape tahu dato anak bonda rozita, ms tu nama bonda mmg popular sbg usahawan bjaya, nama sendayu tinggi semua org kenal. Maksudnya, dato mmg x gunakan nama mak utk berjaya. Naik dgn usaha sendiri.. “
” Sekali dato sweet habis terpelanting semua orang. Teringat dulu pernah pergi 1 seminar dato. Dato ckp xda siapa boleh ganti isteri sy. Sy nak isteri sy je.. “
” Tahniah DS kerana berjaya melindungi isteri dan keluarga dari orang luar dengan cara yang sangat berhemah. Besar dugaan kali ini buat keluarga DS. Semoga Allah merahmati keluarga ini dan bonda rozita.. “
” Suami saya masih ingat masa dato kerja dia pasar malam tu.. suami saya cerita dato mmg org yang kuat semangat! Bersungguh untuk cari rezeki.. “
Kisah yang mampu membangkitkan semangat juang semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Jatuh bangunnya seorang Aliff Syukri, ada Shahida di sampingnya. Semoga terus maju jaya dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen