Artis / Selebriti
” Tabik Bella, so touching. Bella memang wanita luar biasa.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah diangkat sebagai penerima anugerah sempena hari ibu peringkat kebangsaan raih perhatian ramai. Wah Bella memang selayaknya terima anugerah ni. Sedih sangat part Bella tak dapat tahan sebak perkenalkan ibu dia..
Sempena sambutan hari ibu peringkat kebangsaan tahun 2025, satu majlis telah pun diadakan untuk meraikan ibu-ibu hebat. Salah seorang yang menerima salah satu anugerah khas pada majlis itu adalah penyanyi dan pelakon yang semakin menjadi sebutan ramai, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abzif dan Emaemelda25, telah dikongsikan video yang memaparkan situasi ketika Bella diumumkan sebagai penerima anugerah Ikon Ibu Muda. Bella bersalaman dengan semua VVIP yang berada di atas pentas sebelum menerima anugerahnya itu.
Bella tidak dapat menahan sebak ketika memperkenalkan ibunya kepada umum. Ibu Bella juga adalah satu punca Bella menjadi sekuat hari ini. Bella turut menghiburkan semua hadirin yang hadir dengan menyanyikan sebuah lagu dendangan asal Ruth Sahanaya berjudul Kaulah Segalanya.

Sambil menyanyi, Bella tidak putus mengucapkan ucapan selamat hari ibu kepada yang berada di situ. Bella selayaknya diangkat sebagai ikon kerana segala liku kehidupan dan dugaan yang Bella tempuhi dalam kehidupannya berjaya diharungi dengan begitu baik.
Jom tonton video di bawah :
@abzif Anugerah IKON IBU MUDA Sempena Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025#bellaastilah #TeamBass tahniah Bella 👏🏻👏🏻👏🏻@Bella Astillah
@emaemelda25 #fypシ゚ #faceyourpage💖💖💖💖💖 #tiktokmalaysia🇲🇾 #sebakmelihatbellamemelukibunya #anugerahibumudacontoh2025Peringkatkebangsaan 🫰🥰
Posting di Instagram Story Bella :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tabik Bella, selayaknya Bella terima anugerah ni. Bella memang wanita luar biasa.. selamat hari ibu Bella.. “
” So touching… congratulations Bella.. aku yang sebak tengok Bella. bella memang layak sebab dia ibu terbaik.. “
” BELLA & YB SS ,Muar, Sandakan, Semporna.. semua dapat bantuan hasil kerja mereka sendiri. Bukan dgn peruntukan kerajaan. Besar sumbangannya. Bukan semua org mampu buat.. “
” Syukur Alhamdulillah.. Tahniah BELLA SYG Dr Ibu mngucpkn sempena Anugerah Ikon Ibu Muda 2025.. LPS ni kita tengok sambutan UTK Bella bila sampai Di KL plk. Insyaallah Amiinnn.. “
” The most proud person selain dr family Bella of course the man YBSS.. Tahniah Bella.. Penghargaan & kesayangan seluruh rkyat Malaysia.. “
” Wah.. tahniah bella.. awak memang layak dapat anugerah.. tahniah Bella nama mu terus dijulang tinggi… wanita luar biasa kesayangan YbSS.. “
” Tahniah iron lady, ikon ibu muda yang selayaknya menerima anugerah ini.. Bella yang cukup sopan santun, ibu yang kuat dan luar biasa.. bangga dengan bella.. ”
Alhamdulillah kalau sudah rezeki tidak ke mana. Bella selayaknya menerima anugerah ini kerana kekuatannya mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal yang menjaga 2 orang anak sebaik-baiknya. Semoga Bella terus menjadi inspirasi untuk semua ibu tunggal yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abzif, Tiktok Emaemelda25
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

