Artis / Selebriti
” Atuk nak pesan sikit. Apa pun yang Thalita buat malam ni.. ” – Raissuddin Hamzah
Pesanan Raissuddin Hamzah sebelum cucunya, Thalita buat persembahan di Konsert Ajai & Mega Friends Singapore menyentuh hati ramai. Sebaknya baca, agaknya inilah juga pesanan buat arwah Siti Sarah sebelum bergelar artis..
Meninjau ke akaun Instagram Raissuddin Hamzah, posting terbaru Raissuddin telah meraih perhatian ramai. Raissuddin telah menulis satu pesanan yang cukup panjang buat cucunya iaitu Thalita yang merupakan anak kepada Shuib dan arwah Siti Sarah. Posting ini bersempena persembahan Thalita untuk konsert By Ajai and Mega Friends di Singapura malam tadi.
Raissuddin menitipkan pesanan dan juga nasihat buat Thalita yang berminat untuk menjadi seorang penyanyi seperti arwah ibunya, Siti Sarah. Pesanan ini cukup bermakna dan berguna buat Thalita untuk menjadi panduan buatnya dalam menempuhi kehidupan bergelar artis.
Menurut Raissuddin, cabaran bergelar artis pasti akan membuatkan kehidupan Thalita berbeza dengan remaja seusianya. Namun begitu Raissuddin percaya akan kesediaan Thalita untuk menempuhi kehidupan sebegitu dan berdoa yang baik-baik buat Thalita.

Perkongsian ini telah menerima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Raissuddin turut memuatnaik beberapa keping gambar kenangan bersama cucu perempuannya itu dari kecil sehingga kini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang berasa tersentuh dengan pesanan Raissuddin ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Semoga atuknya dipanjangkan umur semoga dpt melihat cucunya berjaya kelak aminn.. Untung dpt atok yg sentiasa beri semangat buat cucu2 nya.. “
” Ahhh..atok ni.. buat kite nangis laaa.. bertuahnya ada atok mcm ni..sokongan pd cucu2 tak pnah hilang.. Thalita dengar nasihat atok ye sayang.. “
” In Shaa Allah.. Talita seorg anak baik…Semoga Talita buat terbaik sntsa ya..ingat pesanan atuk.. atok Dr ibu dia smp cucu tetap sama2.. alhamdulillah.. “
” Sy yg sedih baca tulisan ‘atok penyayang’.. Gd luck thalita.. Saat Hilang Cintamu. Lagu yang sering saya dengar kerana ia menyimpan 1001 kisah dalam hidup saya secara peribadi.. “
” Agaknya nasihat sma yg atuk pesan pada arwah siti Sarah. Klau cucu atuk ikut pesan atok, xkan ada kontroversi mcm arwah Ibu dia. Arwah siti Sarah xde kontroversi langsung sepanjang jdi artis.. “
” Sebaknya saya baca. Atok tulis berdasarkan pengalaman. Atok nak lihat Thalita berjaya . Ambil nasihat atok sbg pedoman krn Atok sgt2 sygkan Thalita.. “
” Satu2nya anak perempuan yg ditinggalkan oleh satu2nya anak perempuan Atok.. Good luck thalita_shuib kita dh sampai at ur concert to support u.. “
Thalita sangat bertuah mempunyai seorang atok yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang cucu-cucunya. Semoga Thalita sentiasa ingat akan pesanan atoknya ini dan menjadi panduan buat Thalita untuk kehidupannya bergelar sebagai seorang artis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raisudin Hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

