Connect with us

Artis / Selebriti

” Sharnaaz tak salah pilih Amelia. Walaupun bakal, tapi baik dengan Jebat dan ex wife.. ” – Netizen

Video Gelagat Amelia Christie Bersama Jebat Jayden Ketika Bercuti Di Tokyo Tarik Perhatian Warganet. Alahai Nampak Betul Sayang Amelia Pada Jebat Ni. Patut Lah Jebat Kata Amelia Tu Girlfriend Dia, Hehe !!

Percutian Amelia Christie ke negara matahari terbit, Jepun bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad, Noornabila dan Jebat Jayden menjadi perhatian warganet. Ramai yang memuji Sharnaaz, Nabila dan Amelia kerana dapat bercuti bersama-sama seperti ini.

Hubungan Amelia bersama Noornabila dan Jebat juga kelihatan begitu baik dan mesra. Warganet juga kagum dengan sikap Sharnaaz yang menyantuni bekas isteri dan bakal isterinya dalam masa yang sama. Banyak moment bersama dirakamkan oleh mereka berempat.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video terbaru Amelia, Sharnaaz, Nabila dan Jebat. Pada paparan pertama, suasana ketika mereka berada di sebuah restoran ditunjukkan. Sharnaaz duduk di sebelah Nabila, manakala Jebat dan Amelia duduk sebelah menyebelah.

Manja sungguh Jebat bila bersama Amelia. Sempat Jebat main kejar-kejar lagi dengan Aunty Amelia kesayangannya itu. Amelia turut menulis luahan hatinya untuk Jebat yang berbunyi ‘ World could not be enough to describe all my love for you Jayden ‘. 

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

@noornabila44

Baba jangan marah 😂🥰 #ameliachristie #jebatjayden #sharnaazahmad #noornabila #artismalaysia #familytime #fyp

♬ wacanaft – alimarr🇵🇸

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :

” This is rare situation happen. I like it… good relation make everyone happy… no heart attack.. Sharnaaz pun suami yg bagus… dh cerai pun masih hantar wife ngan family pergi umrah”

” Bagi aku, sharnaaz dengan nabila pasangan yang perfect.. nabila nampak matang.. aku suka.. He really choose a right mom for his son and future kids.. ”

” Dah macam kakak Jayden lah pulak. Comel .. Love sangat tengok relation macam ni.. Positive always.. ”

” Sharnaaz ni bg aku dia tak salah pilih bini. Dgn nabila walaupun dh ex, tp mak yg baik utk anak dia. Amelia walaupun bakal, tp baik dgn jebat & exwife.. ”

” Lama-lama nampak muka jebat sikit-sikit muka amelia.. comel keluarga ni semua baik-baik.. bkn main lagi ko jebat senyummm sampai telinga yerrr.. ”

” Fuh jarang nak tengok macam ni.. family yang boleh dicontohi.. hahhaha sweet je jebat bila dengan aunty amelia.. ”’

” Jebat anak yang baik. mudah sayang pada orang.. Tak mslh nya amelia mcm kakak jebat then ni percutian family.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok melihat keakraban Amelia dan Jebat. Kasih sayang yang ikhlas dan tulus untuk Jebat dan tidak kelihatan fake. Semoga Allah terus pelihara hubungan baik antara Amelia, Jebat, Nabila dan Sharnaaz. Enjoy percutian bersama kesayangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Tiktok Noor Nabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT