Artis / Selebriti
” Sedapnya pronounciation Seth, ada slang. Pandai lah Seth.. ” – Netizen
Video Shila Amzah Mengajar Anaknya, Seth Uwais Membaca Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Boleh Baca Lah Seth, Sedap Betul Dengar Seth Punya Slang. Pandai Sha Tackle Seth Untuk Belajar. Dari Speech Delay Sekarang Sudah Pandai Membaca, Hebat Lah Seth !!
Shila Amzah pernah berhadapan dengan situasi getir apabila anaknya, Seth Uwais disahkan speech delay. Namun ibu muda ini tidak putus asa dan berusaha agar Seth dapat bercakap seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.
Meninjau akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan satu video terbaru Seth yang memaparkan Seth sedang membaca sebuah buku. Buku itu adalah dalam bahasa Inggeris dan Seth sudah mampu membacanya dengan sebutan yang jelas.
Cerita Shila di ruangan kapsyennya, dia sudah lama mengimpikan saat seperti ini. Seth banyak perubahan berbanding dahulu. Berkat Ubai yang rajin melayani Seth, Seth semakin petah bercakap. Dari segi pergaulan juga Seth sudah mahu berkawan dengan kanak-kanak lain.

Warganet yang menonton video ini merasa seronok mendengar slang dan sebutan Seth. Shila juga pandai menarik minat Seth untuk terus membaca buku tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk ibu-ibu di luar sana cara mengajar anak membaca.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sedapnya pronounciation seth, good boy Seth Uwais. Clever boy.. He is growing up and looking more like u.. cara cakap, cara pandang, shila boy version … nyanyi sikitt seth.. ”
” Comelnya dia belajar… Mom’s out there contoh Shila how she tackle his son.. Alhamdulillah bijak anak soleh ni.. ”
” Well done Seth… we want to hear more from you.. Alhamdulillah. Semuga Seth membesar dengan sehat, pintar dan sentiasa didalam lindungan Allah SWT.. InsyaAllah.. ”
” Sangat suka dengan kak sha speaking. Patut lah Seth pun ada slang.. dengar Seth cakap tu bestnya.. dah lah comel sebijik muka mak.. ”
” So clever Seth.. proud of you dear.. Muka Seth ni kalau sekali pandang mirip Song Kang pelakon sweet home korea tu.. ”
” Seth, super awesome.. Sy sokong…anak sy pun sama umur dgn Seth,now byk dh bercakap n byk soalan bertanya walaupun pelat sy still masih usaha lg.. ”
” To see yourself in the crocodile haha.. terkejuttt kita. Pandai lah Seth.. very smart boy.. It’s ok Sha.. Seth akan ambil masa untuk cakap melayu.. ”
Tidak mengapa Shila, untuk masa sekarang biar kan Seth bercakap bahasa yang dia selesa. Selepas ini boleh perlahan-lahan ajar Seth perkataan bahasa Melayu yang mudah. Semoga Seth Uwais menjadi anak soleh dan membesar dengan sihat selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti5 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida



