Connect with us

Artis / Selebriti

” Setelah 21 tahun kami terpisah, Allah telah temukan kami adik-beradik dalam iklan.. ” – UjayAdra

Setelah 21 Tahun Berlalu, Penampilan Terkini 7 Adik Beradik Dalam Iklan Raya Petronas Seorang Ibu Dan 7 Anak Pada Tahun 2003 Raih Perhatian Ramai. Wah Iklan Yang Menggamit Kenangan Ni. Semua Anak-Anak Mak Dah Besar Dan Berjaya, Handsome – Handsome Semuanya !!

Masihkah anda ingat dengan iklan hari raya Aidilfitri pada tahun 2003 yang diterbitkan oleh Petronas. Kisah seorang ibu yang mempunyai 7 orang anak lelaki sedang melakukan persiapan hari raya yang mana mereka hendak memasak rendang daging.

Berlatar belakangkan kehidupan di kampung, iklan ini cukup menyentuh hati dan menggamit kenangan. Kini setelah 21 tahun berlalu, iklan ini masih ramai yang mengingatinya sehinggakan ramai yang bertanya ke manakah kesemua 7 adik beradik itu sekarang.

Untuk tidak menghampakan harapan ramai orang, salah seorang pelakon iklan tersebut telah memaparkan keadaan terkini kesemua 7 adik-beradik ini. Kesemuanya kini sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Ada yang sudah berkeluarga dan ada yang masih bujang. Untuk makluman, hanya 2 orang sahaja daripada mereka merupakan adik beradik sebenar, yang lain hanya adik beradik dalam iklan ini sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang mencadangkan agar kesemua tujuh adik-beradik ini dikumpulkan semula dan membuat iklan hari raya yang terkini.

Jom tonton video di bawah :

@ujaylokman

setelah 21 tahun kami terpisah Allah telah telah temukan kami Adik bradik dalam iklan yang cukup dekat dihati Anda dalam tahun 2003. Saya selaku ank no2 cari Jalan supaya macam mana Nak menjawap soalan peminat yang sangat merindukan kami dan tertanya² terimalah hadiah buat Anda yang tertanya Anak ema@Abu k Janda Anak 7 😂 #iklanviral #iklanraya2003 #apanakjadi #viralvideo #iklanpetronas2003 #iklanlejen #oficialpetronas #memoritercipta #memoriesbringback #CapCut #fy #シ゚viral

♬ original sound – ctzehan – Siti ✨

Tonton iklan di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan olej netizen terhadap iklan yang menggamit memori ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Kan best klu dpt buat balik iklan ni setelah 20 tahun…versi semua dah besar2 blk kg jenguk mak bwk blk daging.. shoot kat kampung Beng ni.kampung aku..  “

” Tiberr tak sedar airmata jatuh Memori dtg lagi.. Terima kasih Petronas.. tak mcm lakonan, mcm spontan je. tu yg best tengok iklan tu… nak2 lg usu jatuh.. “

” Ingt slh satu dialog… Mak x bole mkn daging…nti mak pening…dialog sape tah.. rasanya tahun depan dah boleh buat iklan raya untuk geng2 ini… iklan raya paling best , bawa balik lembu sekor.. “

” Sbbkan iklan ni la..mak kami perli kami hgpa tgk tu..rajin2 ank dia,Suma lelaki tau.. pOndok tmpt dorg cari lembu tu pun da berubah jauhhhhh , da xde tinggalan dah.. “

” Elok wat iklan Raya ank² ni balik jmpa mak bwk cucu msti ada yg meleleh airmata.. sebaknye ..tahniah mak… anak2 mak 7 7 dh berjaya…nt buatla iklan baru mesti best.. “

” Lejennya iklan ni..umo 40an dh kita sapa yg sempat layan iklan ni..  teringat kat ayat usu pada abg2 dia. ‘eh abang.. dalam tu ada buaya’ legend betul iklan ni.. terbaik .. “

” Dari iklan ni lah saya bagi nama menu RENDANG JANDA ANAK TUJUH kalau org tya saya suruh tgk iklan raya Petronas..mesti akan tau pasal apa.. “

Jika diwujudkan semula iklan raya ini untuk versi yang terkini pastinya amat menarik. Memori 21 tahun lalu kini boleh diterbitkan iklan raya tentang kejayaan 7 adik-beradik ini pula. Tidak mustahil kan jika ada iklan baru dari 7 adik-beradik ini pada raya tahun hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok UjayAdra, Youtube Video prihatin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT