Artis / Selebriti
” Tolong lah jangan siapa-siapa cuba nak kacau family ni. Penyondol, awas ya.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Farid Kamil Bersama Keluarga Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweetnya Family Ni, Simple Tapi Sangat Bermakna. Peminat Siap Warning Penyondol Jangan Kacau Family Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram Diana Danielle, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari lahir Farid Kamil telah meraih perhatian ramai. Diana membuat kejutan sebuah kek hari lahir buat suami tercinta dan disambut bersama anak-anak.
Sambutan yang sangat ringkas dengan memakai baju biasa sahaja dan hanya di rumah sudah cukup membahagiakan buat keluarga kecil ini. Di awal video mereka menyanyikan lagu hari lahir buat Farid dan diikuti dengan tiupan lilin pada kek.
Kemudian apabila kek dipotong, masing-masing bersuap-suapan antara satu sama lain ketika memakan kek. Alahai, sweet sangat momen ini bersama anak-anak dan juga isteri. Farid juga turut memeluk isteri serta kedua orang cahaya matanya itu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Diana turut menulis ucapan hari lahir buat suaminya pada ruangan kapsyen posting ini. Sebagai seorang isteri, doa yang baik-baik dikirmkan buat suami tercinta.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian video ini turut mengundang rasa sebak dan rasa tersentuh hati. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Suka tgk family ni skrg. Semoga kebahagian dibawa hingga ke penghujung usia. Btl² menjadikan kisah lalu mereka sbg pegalaman dan pengajaran dlm memperbaiki sebuah ikatan perkahwinan… Alhamdulillah… “
” Tlg la jgn sape2 cuba nk kacau family ni.. penyondol awas ya.. aku suka gilaa tgk family ni.. ni antara family artis yg aku doakan dorang bahagia dan setia hingga ke jannah.. “
” MasyaAllah…. May Allah protect all 4 of you with Mawaddah wa rahmah & Sakinah till jannah…. suka tengok diorg. sopan santun jer suara ank2 diorg. didikkan yg baik.. “
” Kenapa air mata saya mengalir ni.. Agaknya sbb family pernah melalui sesuatu dulu.. bersyukur dan gembira lihat mereka skrg.. “
” Nmpk mate Farid Kamil terlalu mencintai ank² dan isteri dye.. kuasa Allah jodoh mereka kuat.. Diana pun sama.. Happiest birthday Farid.. “
” Terharu melihat momen ni. Semoga sentiasa didalam perlindungan Allah. Love each other till Jannah.. Sesimple ini sambutannya lebih bermakna n moment yg xakan ank2 lupakn… “
” Hensem dan cantik2 Anak Anak Nye… pempuan tu sebiji gaya mak Nye. celebrate anak beranak lagi seronok dri ramai2.. more intimate, appreciative.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Farid Kamil. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia bersama isteri tercinta, Diana Danielle serta dua orang cahaya mata. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Diana Danielle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



