Artis / Selebriti
” Sedihnya, lirik lagu ni keseluruhan sangat deep. Lagu jadi jawapan.. ” – Komen Netizen

Muatnaik video berada di kawasan bukit ketika di Tanah Suci, perkongsian Fattah Amin menyentuh hati ramai. Sedihnya dengar lirik lagu background music yang Fattah gunakan itu. Kapsyen yang Fattah tulis pun seperti ada maksud yang tersirat..
Fattah Amin dan ahli keluarganya kini berada di tanah suci Mekah mengerjakan ibadat umrah. Pemergian Fattah pada hari ulangtahun perkahwinannya membuatkan hati warganet tersentuh. Jika dulu datang berdua, pasti banyak kenangan yang tercipta di tanah suci ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah berada di kawasan bukit di sana. Rakaman video ini menunjukkan Fattah berlatarbelakangkan bukit yang sungguh indah pemandangannya. Manis sahaja senyuman Fattah dalam video ini.
Selain pemandangan tersebut, lagu yang digunakan oleh Fattah dalam video ini menarik perhatian warganet dan membuatkan warganet sebak. Lagu berjudul Pesan Terakhir nyanyian Lyodra ini sangat indah liriknya dan sungguh mendalam maksud bait-bait liriknya.
‘ Ku tak membencimu, ku harap kau pun begitu ‘, itu antara bait lirik lagu yang dijadikan sebagai music background. Fattah turut mencoretkan satu kapsyen yang ringkas tetapi penuh bermakna. ‘ Terus berdoa sampai Bismillah menjadi Alhamdulillah’ , seperti ada maksud yang tersirat ingin Fattah sampaikan menerusi kapsyennya itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin “Terus berdoa sampai Bismillah menjadi Alhamdulillah” 🤲🏻✨
Rata-rata warganet tersentuh dengan video ini, seperti ada maksud yang tersirat. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ku tak membencimu, ku harap kau pun begitu.. Deep lirik tu, Allah je yang tahu hati fattah.. dia masih menyayangi.. sedihnya.. “
” Fattah Fazura Fatima, sis sentiasa doakan. Semoga berjodoh kembali dgn fazura. In Shaa Allah one day fattah, fazura dan fatima di tanah suci bersama2. Aamiin.. “
” Ikhlas, seolah tak peduli tapi ikhlas seolah tak mengejar tp tetap bDoa yg tBaik I know he’s a good guy.. “
” Lagu jadi jawapan.. semoga kembali bersatu.. nama pun Fattah – pembuka. Dan Amin selain keamanan, blh jd penutup doa. Jadi pembuka dan penutup doa, insya-Allah doalah selalu dan dimakbulkan kelak.. “
” Ku tak membenci mu ku harap kau pn begitu. Tajuk lagu, Pesan terakhir InshaAllah ada sinar spt lagu Hafiz Terus Bersinar.. “
” Mesti Fattah teringatkan dulu datang dengan dia.. tetiba rasa sedih .dgn lagunya dgn senyumannya..allah sja yg maha mengetahui.. ap yg jadi semuanya takdir . matlamat kita satu ,moga kita semua kesyurga .. “
” Dalam sungguh makna lagu tu. Lirik lagu ni keseluruhan sgt deep. Klu lah ia btl2 mgambarkan perasaan dia ketika maka… semoga Allah permudahkan.. “
Lirik yang menyimpan pelbagai makna tersirat, mungkin kah itu suratan atau kebetulan, semuaya hanya Fattah sahaua yang tahu. Walau apa jua dugaan yang mendatang, ramai yang mendokong Fattah agar Fattah terus teguh berdiri dan tidak rebah ke bumi sekali lagi. Semoga bertemu bahagia yang Fattah impikan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen