Artis / Selebriti
” Tipu lah kalau tak terasa. Ada lah terasa sikit dengan Mummy tapi.. ” – Thamiera Chan
Video Thamiera Chan menjelaskan mengenai isu pulang awal dari Famili Duo selepas dimarahi Mas Idayu minggu lepas raih perhatian warganet. Rupa-rupanya ini sebabnya Thamiera dan Didi pulang awal..
Famili Duo minggu ke 5 baru-baru ini kecoh diperkatakan di semua media sosial apabila terjadinya insiden jurinya, Mas Idayu memarahi pasangan Didi Astillah dan Thamiera Chan. Kata-kata yang dilontarkan oleh Mas Idayu dirasakan agak kasar, apatah lagi di hadapan ramai orang.
Lebih hangat lagi apabila Didi dan Thamiera tidak kelihatan di akhir rancangan dan dikatakan pulang lebih awal sejurus selepas menerima komen daripada Mas Idayu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penjelasan daripada Thamiera mengenai isu ini.
Menerusi video ini, Thamiera mengakui dia dan Didi pulang awal kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Didi sibuk dengan persiapan untuk konsert Sumandak Sabah. Bagi Thamiera sendiri, dia tidak berselindung menyatakan dirinya terasa dengan kata-kata Mas Idayu.
Walau pun terasa, Thamiera tidak membenci juri sensasi itu. Tambah Thamiera lagi, persembahan mereka pada malam itu memang agak teruk kerana kurang persediaan. Minggu ini persediaan mereka lebih baik dan Thamiera yakin mereka akan melakukan yang terbaik untuk minggu ke 6.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mahu tak sedih kan, sabar je la. semua teguran untuk kebaikan.. jangan cepat mengalah industri muzik ni besar.. “
” Teguran pun actually ada cara dia.. semoga dorang improve this week dan buat yang terbaik.. buktikan korang boleh buat okey.. “
” Biasalh tu terasa. Kita ni bkn xda perasaan. Bkn robot. Tp klu nk brjaya cepat2 buang perasaan tu.. “
” Bagus jawapan dia lembut je kalo kat aku tu mau merapu tak sudah tu sbb Allah tak jadikan aku artis.. “
” Bagus jawapan diam jujur je.. siapa yg tk trasa kn,tp cerita situ, habis situ, kdg2 itu yg makin buat kta makin kuat, apa sja kerja yg kta buat, smua ada cabaran nya.. “
” Pttla masa rakaman aritu pun Tiber thamira da xde.. Suka dgr jawapan dr adik ni…. Bagus dik semoga lebh success n Gud luck.. “
” Biaselah dah kena tengking kuat2 sape tak terasa tak segan..lg2 kena tengking depan org ramai live kt tv pulak tu…ramai kot org tengok… tapi tegur sebab sayang.. “
Bagus Thamiera tidak putus asa untuk terus berjuang dalam Famili Duo. Terasa itu biasa kerana manusia mana yang tidak punya perasaan tetapi jadikan itu semua sebagai satu cabaran dan buktikan kepada Mas Idayu duo Didi Astillah dan Thamiera juga berbakat dalam bidang nyanyian. Good luck untuk minggu ini Thamiera dan Didi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen