Artis / Selebriti
” Sebak dengar setiap nasihat Datuk Faroz dekat Dato’ Red dan Adira.. ” – Netizen
Video Pertemuan Dato’ Red Dan Adira Bersama Pemilik Gedung Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz Buat Ramai Tersentuh. Sangat Bermakna Setiap Kata-Kata Nasihat Datuk Faroz Buat Dato’ Red Dan Adira, Sebak Sangat Dengar. Semoga Ada Sinar Buat Pasangan Ini !!
Baru-baru ini kecoh di laman media sosial video pendedahan suami kepada penyanyi Adira iaitu Dato’ Red yang sudah muflis sejak beberapa tahun lalu. Dato’ Red menurunkan ego untuk mencari pekerjaan demi menampung keperluan anak-anak serta membayar hutang-hutangnya.
Namun selepas itu, Dato’ Red berkongsi berita gembira apabila dirinya telah mendapat satu ‘job’ memperagakan pakaian baju Melayu daripada Jakel. Video yang mendapat lebih 1 juta tontonan di TikTok itu memaparkan Dato’ Red tiba di premis Jakel dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 dan memperagakan beberapa pasang baju Melayu pelbagai warna.
Terbaru, Dato’ Red sekali lagi berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama Adira datang ke Jakel bertemu dengan pemilik gedung Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz. Tulis Dato’ Red di ruangan kapsyen meluahkan rasa terharu atas keprihatinan Datuk Faroz kepadanya.

Tulis Dato’ Red lagi, kehadirannya bersama Adira itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Faroz. Pada pertemuan tersebut, kedengaran Datuk Faroz turut memberikan sedikit kata-kata nasihat dan semangat buat Dato’ Red serta Adira,
Tonton video di bawah ini :
@dato..red Alhamdulillah, tempat dipijak lagikan dikenang, tq kepada DS Faroz sebab selalu sangat call & tanya perkembangan saya. Hari ni saya dtg dengan Adira saja jumpa nak ucap terima kasih. Tq atas doa korang semua ya, doa yang baik-baik aja. Moga ada sinar 😍😍. #bangkitmembayarutang #jakel
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan mereka turut memberikan kata-kata semangat buat pasangan ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sebak dengar setiap nasihat Datuk Faroz dekat Dato’ Red dan Adira.. Bagus nasihat Datuk Faroz, kita dengar pun sebak.. “
” Aku jer ker yg tak tau Dato Feroz ni saper.. Aper business dia yer…6000 pekerja tu… Allahuakbar semoga Allah swt jaga dia dan keluarga serta semoga bisnes dia terus maju jaya.. “
” Skrg baru nampak kenapa Allah hadirkan Adira.. Mungkin ini sebabnya.. Semoga ada sinar kebahagiaan buat pasangan ini.. “
” Sedih weh dengar setiap nasihat Datuk Faroz, antara jutawa yang sangat humble, terbaik lah.. Semoga Dato Red terus berjaya dan nanti dapat bantu orang.. “
” Semoga Allah kurniakan kebahagiaan buat Dato Red dan keluarga. Semoga Allah memberi 1001 kebaikan. Terima kasih Datuk Feruz, idola saya dan inspirasi semua orang.. “
” DS Feroz nie baik orang nya.. Selalu bersedekah.. Bantu orang.. Kita tengok pun terharu tau.. Semoga rumah tangga Dato Red dan Adira akan berkekalan.. “
” Adira bnyk bersabar.. Dato Red sangup ketepikan ego untuk anak isteri.. Kemuncaknya.. Moga Allah bagi jalan agar kembali bersatu.. “
Setiap kata-katanya Datuk Faroz sangat menyentuh hati yang mendengar. Walaupu Datuk Faroz bergelar jutawan, sikapnya begitu merendah diri. Semoga kata-kata nasihat dan semangat Datuk Faroz itu dapat memberikan semangat buat Dato’ Red untuk terus berusaha mencari rezeki buat keluarganya. Sama-sama kita mendoakan juga semoga urusan Dato’ Red dan Adira dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dato..red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen



