Artis / Selebriti
” Yang netizen perlu tahu tu geram je muka. Menjadi betul dua-dua, haha.. ” – Netizen

Video ‘POV Salam Suami Di Pagi Raya’ Lakonan Fattah Amin Bersama Nur Fazura Buat Ramai Terhibur. Bak Kata Warganet, Lepas Ni Fattah Dan Fazura Boleh Lah Berlakon Drama Komedi. Dua-Dua Kelakar, Haha !!
Sebut sahaja nama Fattah Amin dan Nur Fazura, pastinya ramai yang mengenali. Bahkan mereka antara pasangan yang dikatakan sama cantik sama padan. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Meninjau di akaun Instagram Fazbulouscom telah dikongsikan video lakonan Fattah bersama Fazura. Menerusi video tersebut, pasangan ini melakonkan ‘POV Salam Suami Di Pagi Raya’ . Kelihatan pada awalnya, mereka melakonkan telatah pertama adalah ‘drama air mata’.
Manakala lakonan kedua pula, memaparkan telatah seorang isteri yang tidak sabar untuk mendapat duit raya daripada suaminya. Yang ketiga adalah memaparkan si isteri merakamkan saat dirinya bersalaman bersama suami di mana ‘netizen perlu tahu’ .
Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan lakonan komedi yang dibawa oleh pasangan ini sangat mencuit hati. Malah para peminat berharap selepas ini, Fattah dan Fazura akan berlakon bersama dalam drama komedi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah Fazura serta Fattah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Yang netizen perlu tahu tu.. Geram je muka suami hahahaha please lepas ni berlakon drama komedi sama2. Menjadi betul lah dua-dua.. “
” Hahaha.. Jeling tu… This time husuben win.. Slalu Faz nya jeling tajam.. Hahaha.. Cute giloo lah perangai suam isteri ni, haha.. “
” Faz mcm kanak2 riang dpt duit raya tuu.. Hahaha menjadikk memek muka tuu.. Kelakarlaa.. Ni kalau Fatima tengok dia pun mesti ketawa.. “
” Adoii la diorang ni.. Comey la this couple.. Muka Fattah tu cam tak puas hati je tp kene sabar, haha.. Reaksi Fazura kelakar la lps ni blh berlakon cite komedi lak.. “
” Hahaha selpi tu wajib senyum smpai telinga dpt angpow.. lpastu bye.. Memang betul semuanya, perangai isteri di pagi raya, hahaha.. “
” HAHAHAHA yg part netizen perlu tahu Tu..tgk muka Fattah.. Faz ni bg la watak ape pon kt dia… Onz.. Terbaik lah.. Ni baru dinamakan pelakon yang sangat berbakat.. “
” Teringat filem pisau cukur yang part netizen perlu tahu tu.. Lawak betul lah tengok, semuanya menjadi betul Faz buat mimik muka.. “
Dua-dua pandai menjiwai watak komedi, lebih-lebih lagi telatah Fazura cukup mencuit hati terutama part ‘ netizen perlu tahu’ . Apa-apa pun Fattah dan Fazura memang terbaik lah, boleh dikatakan semua drama atau pun filem dilakonkan mereka sebelum ini sering mendapat pujian serta mereka antara pelakon yang sangat berbakat.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen