Artis / Selebriti
” Satu-satu kebaikan arwah Allah tunjukkan pada kita semua. Mulianya hati arwah.. ” – Netizen
Video Ina Naim Kongsi Sikap Arwah Suaminya, Suhaimi Saad Ketika Hidup Yang Ramai Tak Tahu Buat Ramai Tersentuh. Tenangnya Sahaja Wajah Ina Bercerita Sambil Mengukir Senyuman, Kita Yang Tengok Pula Boleh Sebak. Hebat Didikan Arwah Kepada Isterinya !!
Hari ini genap seminggu pemergian bekas penyanyi nasyid iaitu arwah Suhaimi Saad. Men1nggalkan isteri, Ina Naim dan juga empat orang cahaya mata membuatkan ramai yang tersentuh. Banyak cerita dikongsikan oleh media satu persatu tentang arwah selepas pemergiannya.
Meninjau di akaun Instagram Aisysmom, dikongsikan video menziarahi Ina di rumah ibu bapanya di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. Kehadiran Aisysmom disambut mesra oleh Ina. Walaupun dalam keadaan bersedih, Ina kelihatan begitu tenang dan senyuman tidak lekang di bibirnya.
Menerusi video itu, Ina menceritakan sifat murni arwah suami tersayang ketika hidupnya. Ina berkata Suhaimi seorang yang suka membantu orang tidak kira orang tersebut di kalangan orang-orang yang kaya atau biasa. Ujar Ina lagi, pernah ada yang meminta duit untuk membeli keperluan harian, Suhaimi memberikan kesemua duit yang ada pada dirinya.

Selain itu, sepanjang hidup bersama selama 16 tahun, Ina memuji sikap Suhaimi yang tidak pernah ada sifat iri hati, cemburu melihat orang lain senang berbanding kehidupannya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka mendoakan yang baik-baik buat Ina dan arwah Suhaimi. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Allah baiknya arwah, bukan semua ada sifat macam dia.. Kita yang hidup ni belum tentu lagi banyak pahala yang kita kumpul untuk akhirat.. “
” Bila bersama suami yang hebat auto isteri menjadi isteri yg solehah wlupun serba kekurangan tapi dia kaya dgn ilmu pengetahuan lebih keagamaan.. “
” Ina wajah tenang je, Ina dah betul2 Redha Lps Kan arwah pergi.. Arwah seorang insan yg sangat baik bila dah tak ada Allah angkat tinggi darjatnya satu2 kebaikan arwah Allah tunjuk.. “
” MashaAllah redhanya Ina kan kuat hati dia sgt sabar insan ini untung arwah berkahwin dgn Ina sebab dia menerima segala kekurangan arwah.. “
” Sebenarnya klau kita tgk btul2 perjalanan kisah cerita mereka Allah nak tunjuk betapa beruntungnya arwah dpt isteri solehah Ina dan anak2.. “
” Arwah fokus tenang hti dan jiwanya semasa hidup. Arwah lebih takut kepada Allah dan menjaga sifatnya yang baik2 sahaja termasuk anak2. MashaAllah.. “
” Org yg kejar akhirat dan syurga dia tak pikir dunia. Bila mat1 dia cukup semuanya.. Semoga Ina tabah yang lalui ujian ini.. “
Hebat insan bernama Suhaimi Saad, hidup penuh sederhana, tidak pernah pun sedikit menghiraukan apa orang lain kata padanya. Ina juga antara wanita yang kuat, tabah menjalani kehidupannya. Semoga Ina serta anak-anak dalam keadaan baik dan segala urusan kalian dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aisysmom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



