Artis / Selebriti
” Isteri bila dijaga dengan baik, maka terpancar kebahagiaannya.. ” – Netizen

Video Shukri Yahaya Membuat Kejutan Pada Isterinya, Tya Adnan Sempena Ulangtahun Perkahwinan Mereka Yang Ke 8 Tahun. Alahai Tersenyum Malu Tya Bila Dapat Surprise. Ingat Dalam Drama Je Sweet, Kat Luar Pun Sweet Juga Shukri Ni !!
Siapa tidak mengenali pelakon kacak, Shukri Yahaya ini. Banyak drama yang dilakonkan oleh Shukri mendapat pujian para penonton. Salah satu drama menaikkan nama Shukri adalah 7 Hari Mencintaiku gandingan bersama her0innya iaitu Siti Saleha.
Umum mengetahui Shukri atau lebih mesra dengan panggilan Shuk sudah mendirikan rumahtangga. Hasil perkongsian hidup bersama isteri tersayang yang bernama Tya Adnan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata comel iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl.
” Isteri bila dijaga dengan baik, maka terpancar kebahagiaannya.. ” – Netizen
Terbaru meninjau di akaun Instagram Shuk, dikongsikan video memaparkan Shuk membuat kejutan pada Tya sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 8 tahun. Menerusi video tersebut, Shuk menghadiahkan sejambak bunga kepada Tya.
Menerima hadiah istimewa daripada suami tersayang, jelas terpancar Tya kelihatan begitu terharu dan sesekali wajahnya seakan malu-malu apabila Shuk merakamkan telatahnya. Selepas itu, pasangan sama cantik sama padan ini menaiki kereta dan saling berpegangan tangan.
Tonton perkongsian video di bawah :
Perkongsian video itu telah menarik perhatian peminat Shuk dan Tya. Menjengah di ruangan komen, peminat serta kenalan artis memberikan ucapan buat pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Isteri bila dijaga dengan baik maka terpancar kebahagiaannya.. Happy Anniversary Shuk n Tya, semoga terus bahagia hingga ke syurga.. “
” Antara pasangan yang aku paling suka.. Sweet Shuk bukan dalam lakonan jer, smpai ke rumah pun sweet.. Boleh kencing manis tgk video korang.. “
” Cantiknyaa.. Happy anniversary korang.. Semoga terus berkasih sayang sampai syurga.. ” – Janna Nick
” Masyallah romantiknya,happy anniversary.. Shuk pandai hargai isteri, menjadi contoh pada suami diluar sana.. Semoga kekal hingga ke jannah doakan untuk my fivorite artis yang baik baik.. “
” Sweet habis lah hero malaya kita.. Happy anniversary Shuk & Tya.. Semoga bahagia hingga ke jannah.. Sentiasa dlm jagaan Allah.. “
” Cantiknya isteri dia, kita tengok pun terpegun.. Selamat ulang tahun perkahwinan buat Shukri dan Tya.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga Firdaus.. “
” Tya dapat bunga, aku pula yang tersenyum2.. Happy anniversary korang bdua, smoga Allah berkati kalian hingga jannah.. “
” Happy Anniversary my fav couple.. Didoakan semoga bahagia hingga ke syurga..Terus berkasih sayang dan saling menghargai satu sama lain.. “
Shukri bukan sahaja sweet dalam lakonannya, dalam kehidupan real sebagai suami pun sweet sangat orangnya. Tengok sahaja cara layanannya kepada Tya, sampai tersipu malu Tya dibuatnya. Apa-apa pun selamat ulangtahun perkahwinan buat Shukri dan Tya. Semoga ikatan perkahwinan kalian akan terus bahagia bahagia kekal hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shukriyahaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen