Artis / Selebriti
” Wow padu Shukri, dah lama impikan kereta macam ni.. ” – Netizen
Video Perkongsian Shukri Yahaya Di Dalam Campervan Baru Miliknya Buat Peminat Teruja. Wah Gempak Lah Campervan Shukri Ni. Macam-Macam Ada, Syoknya !!
Menerusi akaun Instagram Shukri Yahaya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shukri berada di dalam kenderaan barunya. Bukan sebarang kenderaan, Shukri memilih untuk membeli sebuah campervan yang lengkap dengan tempat tidur dan dapur memasak.
Campervan adalah kenderaan serbaguna yang menjadi trend masa kini. Selain untuk percutian, bagi pelakon seperti Shukri kenderaan seperti ini sangat sesuai dengan kerjayanya. Shooting berhari-hari dan ada kalanya berminggu-minggu, ianya boleh menjadi tempat untuk Shukri berehat.
Meninjau video Shukri itu, telah ditunjukkan ruangan dalaman campervannya itu dan ianya kelihatan serba lengkap dan cukup selesa untuk Shukri. Dengan kapsyen tertulis ‘ almost there ‘ , perkongsian oleh Shukri ini berjaya meraih perhatian warganet.

Tidak semua orang mampu untuk membeli campervan kerana harganya yang agak mahal. Ramai juga di kalangan warganet yang kagum dan menjadikan kejayaan Shukri ini sebagai inspirasi serta pembakar semangat untuk terus berusaha bagi memiliki kenderaan tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Posting terdahulu sebelum dan semasa campervan dalam perbikinan :
@thecampervmalaysia Kita fokuskan kepada kualiti dan kepuasan pelanggan. #2024 #motorhome #motorhomemalaysia #camperlife #hobikita #fyp #foryou #viraltiktok #campervan #shukriyahaya #camperlifestyle #campingmalaysia #campertruck #camperv #camperbus #camperbusmalaysia #layanglayangperkahwinan
@thecampervmalaysia Final check untuk Camper Van shukri sebelum deliver. #motorhome #motorhomemalaysia #camperlife #hobikita #fyp #foryou #camperlifestyle #campingmalaysia #camperv #camperbus #campervan #2024 #shukriyahaya
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ayohhh camping.. jangan simpan lama2.. nanti basi van tu hehe.. good luck shuk with doas semoga shuk diberi kemudahan semoga berjaya Amiin.. ”
” Wow padu shuk.. Steady Pro Act.. Dah boleh bawak pergi shooting ni Shuk.. ada tmpt tdur lg, bestnya.. jadi semangat aku nk beli benda ni jugak.. ”
” Bawak pergi shooting gempak ni.. Bawak pegi camping best ni.. pastu pusing satu Malaysia.. ”
” Make sense kalau pelakon2 guna kan.. sbb biasa shooting berbulan2 ad yg travel xbalik.. kalau mcm ni angkut umahhh terus.. moga aq cpt kaya weh.. ”
” Bagus ni kalau jalan jem boleh singgah mana2 tido dulu.. Sy dgn suami mmg ngidam betul nk travel dgn camp van.. tengok adik kat Australia travelling dlm van nia Syok ooo.. ”
” Ya Allah lebihkan lah rezkiku agar dapat memiliki CamperVan ni.. yang duduk bersandar tu, mesti tengah fikir apa lagi nak buat hahahaha.. ”
” Ya Allah swt kyakan lah aku ni. Nak satu. Da lama dah impikan kereta macam ni. Semoga dimakbulkan impian aku.. ”
Kenderaan idaman dan ramai yang memasang angan-angan untuk memiliki campervan ini. Mudahlah urusan Shukri untuk shooting selepas ini, berhari-hari pun tidak mengapa kerana ada tempat yang selesa untuk berehat. Tahniah Shukri dan semoga terus maju jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shukri Yahaya, Tiktok thecampervmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

