Artis / Selebriti
” Sampai ikat perut 3 bulan, sewa rumah tak bayar.. ” – Remy Ishak
Video Pendedahan Remy Ishak Apa Yang Pernah Berlaku Kepadanya Mengejutkan Ramai. Tak Sangka Kehidupan Seorang Bernama Remy Ishak Sampai Macam Tu Sekali. Kesiannya Remy !!
Remy Ishak antara hero Malaya yang menjadi pujaan hati ramai sehingga ke hari ini. Keterampilan Remy dan bakat lakonannya membuatkan Remy masih relevan, bahkan semakin banyak anugerah dan tawaran berlakon filem ditawarkan kepadanya.
Di sebalik yang indah seorang bernama Remy Ishak, ada sisi lain yang tidak diketahui oleh warganet. Hidup sebagai selebriti sememangnya nampak indah tetapi realitinya tidak selamanya begitu. Ini lah yang didedahkan oleh Remy dalam sebuah rancangan temubual, One On One.
Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan video temubual Remy itu. Kata Remy, dia juga pernah melalui jatuh bangun dalam industri. 3 bulan ikat perut dan tidak dapat membawa sewa rumah, itu antara keperitan yang dialami oleh Remy di awal penglibatannya dalam industri.

Roda kehidupan selebriti, jika ada tawaran kerja, maka adalah pendapatannya. Begitu jugalah sebaliknya dan kata Remy, 3 tahun juga dia hidup dalam struggle. Itu pengalaman dahulu dan Remy sekarang sudah teguh bertapak dalam industri serta ada kehidupan yang lebih baik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ingat sy je biasa lambat byr sewa rumah. Mereka pun sama ek.. struggle hidup ni. Moga kte semua sentiasa dalam Rahmat Allah swt. Aamiin.. ”
” Orang nampak yang indah indah sahaja.. Mana ada orang tengok side ni kan.. Realiti kehidupan.. ”
” Wardrobe takde tu macam tak masuk akal. Patut production kena sediakan.. tapi itu lah realiti di Malaysia.. ”
” Sy dah tinggalkan dunia iklan hampir 5thn, sewaktu sy bekerja, i’ll make sure semua dah tersedia, itu kerja EP, talent dtg bawak badan jer, melainkan extra talent, mohon laaaa TUKAR culture.. ”
” Daripada dulu sy ikut kawan shoot, kene berangkut baju tudung bagai. Prod drama mostly mmg tk sediakan.. tu sbb artist byk cari sponsor.. ”
” Pengalaman mematangkan, remy pernah rasa struggle nak hidup dalam industri. Tapi berkat kesabaran dan usaha dia yang tak kenal lelah tengok lah dia sekarang.. ”
” One of hero malaya pujaan ramai tu. bape banyak anugerah remy dapat.. acting dia memang power. sedih dengar kisah remy ni, i feel you.. ”
Kesusahan yang orang tidak tahu ketika Remy baru mula hendak mencipta nama. Itu kisah dahulu yang akan sentiasa Remy ingati. Syukur kehidupan Remy sekarang sudah sempurna dan rezekinya sentiasa ada. Semoga Remy terus maju jaya dan murah rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Hlive , IG Remy Ishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam kuda lah suara awak.. ” – Haris Ismail

