Artis / Selebriti
” Cutenya dia, senyum je bila diukur. Baik betul Tuah ni.. ” – Netizen
Remy Ishak Muatnaik Gelagat Anaknya, Tuah Alam Ketika Proses Ukur Baju Dilakukan Buat Warganet Geram. Alahai Behave Betul Lah Si Kecil Ni, Comel Sangat Tuah !!
Hari raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi dan sekarang sudah ramai yang mula berpusu-pusu membuat persediaan baju raya. Aktor Remy Ishak juga tidak ketinggalan dan yang utama tahun ini Remy dapat beraya sebagai ayah bersama anak dan isteri tersayang.
Meninjau akaun Instagram Tuah Alam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Remy membawa Tuah bertemu pereka fesyen untuk menempah baju Melayu untuk Tuah. Memandangkan Remy adalah embassador Bulan Bintang untuk baju Melayu versi teluk belanga, Tuah juga akan ditempahkan baju yang sama.
Comel sahaja melihat telatah Tuah ketika ukuran badannya diambil. Tersengih-sengih Tuah ketika pita ukur diletakkan di badannya. Bagus Tuah, tidak meragam dan memudahkan kerja ayah dan pereka fesyen itu juga. Gelagat Tuah ini membuatkan ramai warganet naik geram.

Bukan main lagi mata Tuah memandang sekeliling. Dengan kaki yang terjengket-jengket, sudah seperti mahu menari pula Tuan. Tidak sabar warganet hendak melihat Tuah memakai baju Melayu sedondon dengan hero pujaan Malaya pada pagi raya, tentu handsome.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah… Cutenya dia.. senyum je bila diukur. Baik betul budak ni. SI comel Tuah nak tempah baju raya sudah.. ”
” Kaki tu kemain jengket ek Tuah, nak menari ke apa tu haha. Tuah good boy sangat, nmpk aura model ayah kt Tuah.. ”
” Sejukkkk mata tgk raut wajah si Tuah ni.. Tengok kaki dia tak mau jejak… geramlah acik tengok awak ni.. ”
” Ala ala comelnya tuah.. ecece dia jengket-jengket kaki pulak haha. lenguh lah ayah pegang Tuah dan mula lasak.. ”
” Amboiii budak tecik nie tak dan nak betaq dah nak jadi model Baju Raya… esok Betaq dan dan jadi model kasut mami dia.. ”
” Comeyyynya tuah ni, muka sama mcm ibu dia… Tak sabar tengok tuah pakai baju Raya nanti.. kecik2 dah nampak aura dia, smart dan handsome bila besar nanti.. ”
” Dah boleh jadi model cilik Bulan Bintang tuah ni hehe.. ee geram tengok tuah ni, muka manis betul. Behave pulak tu.. ”
Tuah Tuah, kaki memang tak nak duduk diam sudah yer sekarang. Tak sabar hendak berjalan lah tu agaknya. Tentu Tuah lebih smart daripada ayah bila pakai baju melayu ni nanti kan, hehe. Apa-apa pun, terus membesar dengan sihat Tuah dan jadi anak yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tuah Alam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen



