Artis / Selebriti
” Confirm anak artis. Duk melambai peminat tak henti-henti, macam dia yang Remy Ishak, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Remy Ishak, Tuah Alam membuat persembahan di sekolah buat ramai geram. Amboi Tuah, memang DNA artis ni. Bukan main lagi Tuah melambai-lambai semua orang. Part pakai kostum penguin tu comel betul Tuah berjoget..
Tuah Alam nama yang diberikan oleh Remy Ishak dan Ezza Yusof untuk anak sulung mereka. Tuah yang dilahirkan pada 27 Julai 2023 kini sudah lebih 2 tahun usianya dan telah pun dihantar ke sekolah. Tuah anak yang mudah diurus dan kehadirannya menambahkan lagi kebahagiaan Remy dan Ezza.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ezzarl, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ezza dan Remy menghadiri majlis di sekolah Tuah. Kata Ezza, ini adalah konsert pertama Tuah dan Tuah melakukan tugasan yang diberikan dengan cukup sempurna.
Tuah cukup gembira apabila berada di atas pentas. Kata Ezza lagi, Tuah beraksi di pentas dengan melambai-lambaikan tangan tak ubah seperti gaya Remy. Gelagat Tuah di pentas mengukir senyuman di wajah warganet. Langsung tidak kekok Tuah dan penuh dengan keceriaan.

Tuah menggayakan beberapa helai kostum dan semuanya dimulai dengan lambaian tangan oleh Tuah apabila berada di pentas. Part Tuah memakai kostum penguin paling menghiburkan. Jika rakan-rakan Tuah yang lain masih lagi malu-malu, Tuah sangat berani dan cheeky.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tuah terpaling perform k.. Confirm anak artis… dok melambai peminat tak henti-henti, macam dia yang Remy Ishak haha.. cute sangat ni Tuah.. “
” Tuah terpaling perform tauu. Good job Tuah.. geram je tengok dia melambai-lambai tu.. mesra alam sungguh lah si Tuah ni.. “
” Hahahaha Like father like son. Lambai-lambai.. Comeyy nye Tuah.. Cara lambai tu.. Perghhh ada style.. “
” Hahaha mmg anak artis lah Tuah ni. Terpaling perform. dh la ensem angattt… Cerdik, ceria, tak takut punn.. Kita tgk pun happy tahu. so talented tuah nii, like father like son.. “
” Alololo…. Tuah plg aktif…. esp masa pakai mcm penguin… adik yg sebelah Tuah plak malu2…. apa2 pun comey2 semuanya.. “
” Alolololo.comeynyaa tuah. tuah paling perform. lambai tu mcm nk amk reward menang artis cilik kanak-kanak.. “
” Eeii… geram ek.. so cheeky la.. Tuah berani betul.. brave boy.. kalau dah anak pelakon tu ek, dia saja paling menonjol.. “
” Anak remyishak ok.. Mana nak tumpahnya kuah klu tdk ke nasi.. so talented Tuah.. terpaling Remy Ishak.. “

Tuah sememangnya seorang yang mudah mesra dan langsung tidak kekok berhadapan dengan ramai orang. Gaya melambai itu memang sah anak Remy Ishak. Ala-ala melambai peminat dengan senyuman manisnya itu. Tuah memang anak bertuah yang menceriakan kehidupan Remy dan Ezza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ezzarl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

