Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya tengok daddy, abang-abang dia siap bagi semangat. Untung Aaisyah.. ” – Netizen

Video Anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana Menerima Pujian Daripada Daddy Dan Abang-Abangnya Ketika Cuba Buat Tanghulu Strawberry Raih Perhatian Ramai. Terbaik Lah Cara Zain, Ammar Dan Aniq Bagi Semangat Dekat Aaisyah !!

Bagi yang pernah mengikuti TikTok suami pelakon Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin pasti mengetahui yang Zain suka berkongsi video bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Banyak aktiviti dilakukan oleh Zain bersama Aaisyah seperti memasak di dapur.

Terbaru, Zain memuatnaik satu video yang memaparkan Aaisyah mahu menyediakan juadah berbuka puasa pada kali ini. Memilih untuk membuat tanghulu strawberry untuk juadah berbuka, kelihatan Aaisyah sedang memcucuk buah strawberry pada beberapa batang lidi yang disediakannya.

Klik gambar untuk info..

Turut ada bersama menemani Aaisyah di dapur adalah Zain. Selain Zain, Che Ta juga berkongsi video Aaisyah sedang membuat tanghulu di akaun TikTok miliknya. Kedengaran Che Ta memuji Aaisyah seorang anak yang rajin selain memiliki wajah yang cantik.

Manakala video ketiga pula memaparkan abang-abang Aaisyah iaitu Ammar dan Aniq merasa tanghulu yang dibuat oleh Aaisyah. Ammar, Aniq dan Zain memuji tanghulu yang dibuat oleh Aaisyah itu sedap dan mereka sangat menyukainya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Tonton video-video di bawah ini :

@zainsaidin23

Menu Ringkas Berbuka Aaisyah Dhia Rana untuk anda semua try ya nanti 😇 #fypシ #fyp #ramadhan2024 #bukapuasa #family

♬ Fun, cute, YouTube, CM(1070783) – Darian

@rozitachewan1

Dia kata bln posa dia nk pakai tudung, kami kata pakai tudung ni bkn bln posa saja, bkn seqonok2 pakai sb jadi model tudung ka , tapi tutup aurat ni wajib aaisyah oiii sama mcm solat dan posa jgk .. qamai org pompuan kat luaq sana terutamanya selebrity ,sanggup saqung tudung cuma sebab dpt bayaran, jadi model tudung, !bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dgn bayaran ! jangan mcm tu cik oiiii malu dgn Allah ! Allah suruh tak buat, tapi manusia suquh tequih buat sb duit ! nauzubillah . Dia tgh cuti sekolah ni , qajin la masuk dapoq 🥰 . #aaisyahdhiarana #fyp #perfumeaaisyah #roxy #foxy

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

@zainsaidin23

Selamat Berbuka guysss #fypシ #fyp #ramadhan2024 #bukapuasa #family

♬ on YouTube! cute piano solo(1368164) – Muneyuki Harada

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Zain serta Che Ta ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bagusnya tengok daddy, abang-abang dia siap bagi semangat. Untung Aaisyah.. Cara Zain layan Aaisyah pun sy suka tengok.. “

” Bagus laaa Aisyah.. Dia berusaha nk buat.. Tak kire laaa JD Kew Tak tp usaha dia too ada… Dia cuba jugak.. Terbaik laaa Aisyah.. “

” Terbaik lahh daddy dia support anak dia masak, jadi tak jadi tetap bagi semangat dan Aaisyah pun semangat terus, nampak sedap tu.. “

” Jangan bagi makcik makcik pesbuk tengok, biarkan dia tengok aishah yang versi diva jee.. Dia tak tahu aisyah ni multi talented, hehe.. “

” Comelnya Ecah bertudung.. Suka tengok video memasak Ecah dgn daddy.. Nampak dia bila ada dgn daddy macam bdk2 lain.. Dengan mummy jer jadi diva, haha.. “

” Tanghulu gula dia sepatutnya crunchy.. Hehe.. Tu mksud Aishah, ssh weh buat tanghulu ni.. Kdg jadi.. Kdg tak jdi .. Rendam pn tak leh lama sgt, nnt gula cair balik.. “

” Zain tak penah tak puji puteri dia. Apa pun dia layan kan je.. Suka tgk family Che Ta.. Peranan Zain.. Anak2 Che Ta pun rapat.. Terbaik lah.. “

Klik gambar untuk info..

Zain sentiasa memberikan semangat kepada Aaisyah walaupun adakalanya apa yang dilakukan oleh Aaisyah tidak menjadi. Begitu juga Ammar dan Aniq, nampak sayang sungguh dengan adik perempuan mereka. Apa-apa pun walaupun tanghulu Aaisyah tak crunchy, ianya kelihatan sedap dan cantik. Boleh cuba lagi lain kali ye Aaisyah.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok zainsaidin23, rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT