Artis / Selebriti
” Hang kena jaga juga Rosix bagi muka cekang. Satgi Jebat tak mau layan dah macam kucing tua tu, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Berbual Tentang Kucing Baru Peliharaannya Yang Bernama Romeo Buat Ramai Terhibur. Amboi Jebat, Kucing Lama Yang Dah Tua Dia Tak Nak Layan, Nak Kucing Muda-Muda Je. Berdekah Rosix Gelak, Haha !!
Meninjau di akaun TikTok milik Rosix Omar telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan Rosix bersama anak Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden. Menerusi video tersebut, Rosix berada di rumah Jebat dan berbual tentang seekor kucing yang baru dibeli oleh Jebat.
Telatah Jebat yang bersemangat bercerita mengenai kucing barunya itu sangat mencuit hati. Lebih-lebih lagi, Rosix pula suka menyakat Jebat. Kongsi Jebat, kucing barunya itu bernama Romeo yang baru berusia 3 bulan. Tanya Rosix lagi, adakah kucing tersebut senang dijaga dan jawab Jebat, ianya senang dijaga.
Namun ada lagi yang mencuit hati apabila Jebat mengatakan yang dia suka dengan kucing yang muda dan tidak suka melayan kucing yang umurnya sudah tua. Seloroh Jebat, kucing lamanya bernama Oren sudah tua dan Jebat tidak mahu lagi dengan Oren tersebut.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Jebat, Rosix dan mummy Jebat, Noornabila ketawa berdekah-dekah. Perkongsian video ini menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah ditonton lebih 241 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@rosixomar25 Aktiviti selepas moreh!! #rosixomar #jebatjayden
@rosixomar25 Aktiviti selepas moreh!! #rosixomar #jebatjayden
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur mendengar gaya Jebat bercerita. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hang kena jaga juga Rosix bagi muka cekang. Satgi Jebat tak mau layan dah macam kucing tua tu, haha.. Lawak sungguh la Jebat.. “
” Gaya dia bercakap sebiji gaya baba dia, hahahaha. Makin cerdik betul lah Jebat.. Ada ja cerita dia buat orang gelak tak berhenti.. “
” Makin handsome la si JebatJeyden ni. Makin nmpk muka boy dia tu, sblum ni muka baby2 je.. Suka bela kucing rupanya Jebat Jayden.. “
” Baby selecttt hhahaha.. Kucing oren tu dah tak mo layan sebab dah tua.. Hahaha kucing nk muda2.. Awek nk cantik2.. Hang pandai Jebat.. “
” Lawak lh bby nie.. Cute nyee kucing mcm tuan nyee.. Hahaha mummy nya pun tergelak besar dengar cerita anak.. Rosix pun kaki mengusik, haha.. “
” Naya lah kucing oren tu, mai tua dah orang tak mau.. Hahahaha nanti romeo tu dah tua, Jebat cari kucing lain lah pula lah.. “
” Bertuah punya budak, yang tua tak mau layan dah, hahahahaa.. Dengar Roxis ketawa kita kat sini ikut ketawa jg..
Amboi Jebat, nak kucing yang muda-muda sahaja yer, tak nak kucing tua. Ada warganet menyakat Rosix agar perlu menjaga wajahnya tidak kelihatan tua kerana risau nanti Jebat tidak mahu lagi berkawan dengan Rosix gara-gara sudah pun berusia.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rosixomar25
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz



