Artis / Selebriti
” Rokers paling comel di abad ni jatuh kepada Aina dan Kak Lina. Kelakar betul tengok, haha.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein berduet bersama Aina Abdul menyanyikan lagu Ella bertajuk Kesal buat ramai terhibur. Terus masuk air Aina bila bergabung dengan Kak Lina. Macam lagu happy-happy je, tak macam lagu orang kesal pun, haha..
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina berduet bersama penyanyi Aina Abdul. Menerusi video itu, kedua-dua mereka membawa lagu bertajuk Kesal, nyanyian asal oleh penyanyi Ella.
Seperti biasa, gelagat Kak Lina ketika berduet dengan artis jemputan pada setiap minggu pasti menarik perhatian ramai. Begitu juga lah yang terjadi ketika Kak Lina berduet bersama Aina. Macam-macam telatah Kak Lina dan Aina lakukan ketika menyanyi membuatkan ramai tak kering gusi ketawa.
Seloroh para peminat, mereka tidak menyangka Aina sebenarnya seorang yang kelakar kerana kalau dilihat Aina sebelum ini, Aina seorang yang serius. Namun, apabila Aina bergandingan bersama Kak Lina, dia terus bertukar menjadi ‘gil4-gil4’ seperti Kak Lina.
Vokal Aina menyanyikan lagu rock juga mendapat pujian ramai. Ada yang meminta Aina selepas ini mencipta lagu baru genre rock. Sehingga kini, video duet Kak Lina dan Aina telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video duet Aina dan Kak Lina dan pelbagai respon diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rokers paling comel di abad ni jatuh kepada Aina dan Kak Lina. Kelakar betul tengok, haha.. Btw suara dua2 memang padu habis lah.. “
” Woahhhhhhh.. Tq sebab Ella sebab Aina Abdul masa mentor legend.. Sekarang Aina dah terbang tinggi dan semakin bersinar.. Best sangat suara Aina.. “
” Tepok Malaysia.. Gabungan yang mantap.. Sedap weh Aina nyanyi lagu rock.. Pls buat satu lagu rock Aina.. Boleh pergi jauh lagi ni.. “
” Aina semua lagu dia boleh bawa.. Meletop kebabommm no syatuuuu kak lina and nena.. Fuhh tangkap lentok dengar lagu rock ni.. “
” Nyanyi main² pun dia bagi powerrrr ekkk.. Apa² pun terbaekkkkkk penyanyi no1 peminat dan penyanyi berskala besar ni.. “
” Aina tolongla buat satu lagu rock, biar haters menggelegak dengar suara serak rock tu.. We want more rock song from Aina.. “
” Aina ni fun kepala boleh join gila² enjoying the song.. Dulu aku ingatkan beliau seorang yang boring dan sentiasa serius.. “
Padu sungguh gandingan suara duet Kak Lina dan Aina, patut lah ramai yang memuji. Seperti biasa, Kak Lina tak pernah mengecewakan dan boleh membawa lagu pelbagai genre. Semoga Kak Lina dan Aina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar