Artis / Selebriti
” Pergi dan tak akan kembali. Memori yang sangat mahal dan menyentuh hati kami semua.. ” – Komen Netizen
Video kenangan arwah Siti Sarah Raissuddin bersama Thalita buat ramai sebak. Hebat ujian ibu ketika mahu lahirkan Thalita. Pengorbanan seorang ibu demi anaknya..
Hari ini hari istimewa buat satu-satunya anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra. 12 tahun yang lalu, Siti Sarah berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan satu-satunya puterinya ini. Mengimbau kembali memori lama, ianya dikongsikan di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin.
Ketika itu, Siti Sarah menahan sakit contraction hampir 2 hari. Sakit yang digeruni oleh ramai wanita dan akhirnya Thalita terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana tali pusat sudah terbelit di leher Thalita. Sudahlah menahan sakit berhari-hari, terpaksa pula melalui pembedahan supaya Thalita selamat.
Kasih sayang ibu untuk Thalita tidak dapat dibandingkan dengan segala harta dunia. Melihat video kenangan Thalita dan Siti Sarah, seakan masih terasa Siti Sarah masih ada. Siti Sarah yang sentiasa pemurah dengan senyuman dan dia mengajar anaknya juga supaya sentiasa berbuat baik.

Sekali pun sudah 4 tahun Siti Sarah pergi, rindu semua orang tidak pernah padam, malah tidak sikit pun berkurang terhadap Siti Sarah. Kasih ibu sentiasa ada dalam diri Thalita. Harapan dan doa yang selalu Siti Sarah ucapkan untuk Thalita agar Thalita menjadi anak yang kuat dan penyayang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Happy Birthday Thalita . Tetiba sayu hati tgk video ini .. AL-FATIHAH Buat Arwah Ibu Siti Sarah bt. Raissuddin.. “
” Sya suka tgok yt arwah siti sarah msa ank² ni kecil uwais talita koyak sluar. qabak katanya… Sngt² lembut cara dy marah.. Allah sygkan siti sarah. Semoga disyurga kelak bekumpul dgn family smula.. Aamiin.. “
” 1 dalam sejuta Al-fatihah bidadari syurga siti sarah.. Kak Sarah,,, sentiasa merindui keperibadian Kak Sarah.. “
” Semalam tgk icsyv malasyia season 2… arwah artis jemputan…. tgk arwah auto rasa ketat dada tahan nangis…. alfatihah buat arwah.. “
” Happy 12th Birthday Kakak thalita_shuib. Semoga membesar as anak yang membanggakan keluarga, sentiasa jaga diri, cemerlang dunia akhirat. Aamiin. Rindu ngan telatah arwah Sarah. Al Fatihah.. “
” Innalillahiwainnailaihirojiun… pergi dan takkan kembali. hanya memory yg terpahat dihati. memory yg sngt mahal dan tersentuh dihati kami semua. selamat hari lahir thalita_shuib semoga dekta menjadi seperti arwah ibu pnya hati yg cekal,ikhlas,rendah dri, pemurah, ramah untk org2 yg ada disekeliling dekta.. “
” Saya peminat arwah masih rindu dia.. gelak arwah yg tiada siapa pn yg blh tiru akan dia. semoga arwah ditempatkan bersama bidadari syurga… aamiin.. “
Kenangan terindah yang akan sentiasa abadi dalam diri Thalita, memori bersama ibu. Walaupun ibu telah pergi, namun kasihnya akan sentiasa ada untuk Thalita. Selamat hari lahir Thalita dan semoga Thalita menjadi insan sebaik dan berhati mulia seperti ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

