Artis / Selebriti
” Power lah Abang Lan cakap Hokkien.. ” – Komen Netizen
Video Lan Pet Pet berborak bersama seorang wanita berbangsa Cina raih perhatian ramai. Ramah betul Lan Pet Pet, pandai cakap bahasa Hokkien rupa-rupanya..
Sebut sahaja nama Lan Pet Pet atau Mazlan Senario, pasti ramai yang mengenali pemilik nama ini. Lan antara pelawak yang sudah lama bertapak dalam industri seni. Bukan sahaja bergelar pelawak, malah Lan juga berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik pendekbuahpdgserai, telah dikongsikan video yang memaparkan Lan sedang berada di sebuah gerai menjual buah durian. Menerusi video itu, Lan ada berborak bersama seorang wanita warga emas yang berbangsa Cina.
Lan berborak menggunakan bahasa Hokkien dengan wanita itu. Ramai yang tidak menyangka yang Lan sebenarnya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Bukan itu sahaja, ada yang kagum mendengar Lan berborak bersama wanita tersebut.

Ada yang mengatakan Lan seorang yang serba boleh dan dia sememangnya layak bergelar sebagai seorang penghibur. Sehingga kini, video Lan bercakap bahasa Hokkien itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@pendekbuahpdgserai abg lan semua boleh hat mana nak beli durian hapa kena mai di kedai kami
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Power lah Abang Lan cakap Hokkien.. Terkejut aku dgr… Dia punya hokkien mantapp oh.. Suka tengok cara dia mesra dengan orang tua2.. “
” Bahasa hokkein ramai orang lama tahu , lagi pelik kau tengok orang cina tapi tak faham mandrin tapi hanya tahu hokkein.. “
” Abg lan mmg lawak.dari muda sampai tua perangai mcm tu.. Abg lan ni mmg pandai ckp hokian dah lama..Mai belah Penang anak antoo kebyk kan pun leh ckp cina..jenis bercampur ni sempoi.. “
Org dulu2 cina melayu india blh duk semeja minum kopi. cina fasih melayu. melayu blh faham bahasa hokien mcm arwah ayah sy.. “
” Abang Lan one of the best talent yang ada.. Semua dia boleh.. Tak pernah tak lawak lah Abang Lan, setiasa ceria, meriahkan suasana.. “
” Setelah berpuluh tahun tengok Abang Lan kt tvn so on, baru hari ini aku tau dia cakap hokkien smooth giler beb.. Rasa kagum aku.. “
” Lah pnadai hokkien rupanya abang lan kita.. Aunty tu mesti syok boleh borak dengan abg Lan cakap hokkien.. Abg Lan memang mendonia lah.. “
Part last sekali kelakar dan mencuit hati ramai, sempat lagi Lan membuat bunyi ‘kambing’ yang dia sering lakukan sebelum ini. Apa-apa pun, terbaik lah Lan, mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Senyum aunty itu dapat berborak dan beramah mesra bersama Lan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok pendekbuahpdgserai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

