Artis / Selebriti
” Alhamdulillah bagus jawapan Fattah, profesional tiada berdendam.. ” – Komen Netizen
Video respon Fattah Amin apabila ditanya mengenai isu hutang yang melibatkan bekas isterinya, Fazura raih perhatian warganet. Salute dengan jawapan Fattah tu..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ohbulan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual wartawan bersama pelakon, Fattah Amin. Fattah ditemui dalam satu event Unifi dan kesempatan itu digunakan oleh pihak wartawan untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Fattah.
Selain gosip hubungan Fattah dan Amira Othman, Fattah turut diajukan soalan mengenai masalah yang dihadapi oleh bekas isterinya, Fazura. Baru-baru ini, tular mengenai isu hutang antara Fazura dan pihak pembekal tudung yang membekalkan tudung jenama Fazura.
Kata Fattah, dia sendiri tidak tahu menahu soal ini dan hanya mengetahui melalui media sosial apabila perkara itu heboh diperkatakan. Tidak mahu warganet menghentam dan mengatakan perkara-perkara yang tidak diketahui kesahihannya, Fattah meminta agar semua mendoakan yang baik-baik untuk Fazura.

Fattah juga mengatakan dia tidak boleh memberikan komen yang lebih kerana itu adalah soal peribadi Fazura dan tambahan pula Fazura itu bukan orang lain dalam hidupnya dan Fatima. Warganet memuji cara Fattah memberikan respon terhadap soalan wartawan ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ngamlah jawab baik2 begini.. doakan yg baik2. Setuju dengan cara begini. Semoga yang baik2 buat Fattah, Fazura Dan Fatimah.. “
” Beza orang berilmu bercakap dengan orang ego kayangan tak bertempat bercakap. Kawen cepat² bro, Allah dah bukak jalan terbaik daripada kegagalan masjid yg lepas.. “
” Alhamdulillah bagus jawapan Fattah, profesional tiada berdendam.. Jawapan orang cerdik. TAPI KITA SEBAGAI ORG LUAR KITA DOAKAN YG BAIK BAIK. Semoga Urusan Fazura Di Permudahkan Olih ALLAH swt.. “
” Betul la Fattah ckp doa yg terbaik.. kita tak tau bila kita akan diuji.. hebat ayat Fattah melindungi aib org wpun bekas yg pernah hidup bersama cuma jodoh tak panjang.. TAHNIAH FATTAH moga diberkati oleh Allah.. “
” Org berpelajaran dan beriman mmg ngam ckp cmtu.. ex wife dan mumy kpd ank nya.. hari ni fazura di uji.. kita pun x tau bila kita pula akan di uji. good Fattah.. “
” Bagus Fattah jaga aib bekas isteri.. fattah sorg yg ex suami yg baik ttap mndoakn ex istri nyaa fazura … hati nya bersih … Alhmdulillah.. “
” Betul cara fattah.. itu cara elakkan soalan seterusnya yg mana mungkin boleh mengaibkan xwife dia…. plus.. itu cara utk memendekkan temubual itu.. “
Jawapan yang terbaik daripada Fattah. Betul kata Fattah, sebagai orang luar moga kita semua mendoakan yang terbaik untuk Fazura menyelesaikan permasalahannya itu. Salute Fattah kerana berbuat baik dengan Fazura dan masih mempertahankan ibu kepada anaknya, Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohbulanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

