Artis / Selebriti
” Ni kalau suami isteri, kalau suami pujuk, saya tak jadi cerai.. ” – Fazura
Video respon Fazura apabila Lan Pet Pet berkali-kali meminta maaf daripadanya dari pada pagi tak berhenti-henti buat ramai terhibur. Win betul kata-kata Faz tu. Kak Lina pun makin tambah ‘api’, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hangat, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan gelagat Lan Pet Pet bersama Fazura di set penggambaran Jakel. Sejak dari pagi lagi, Lan Pet Pet sudah bersemuka dengan Fazura dan memohon kemaafan kerana kekhilafan dirinya dalam bergurau, yang menyebabkan terjadi insiden yang tidak diingini antara mereka berdua.
Sekali pun Fazura sudah pun menyatakan secara bertulis dan bersemuka bahawa dia sudah pun memaafkan Lan Pet Pet, namun pelawak senior ini tidak putus-putus meminta maaf dari pagi sehingga ke petang. Fazura sendiri terhibur dengan effort yang ditunjukkan oleh Lan Pet Pet itu.

Ada sahaja gelagat Lan Pet Pet untuk mengambil hati dan memujuk Fazura, sehinggakan Fazura mengatakan sesuatu mengenai gaya Lan Pet Pet memujuk itu. Tak dinafikan apa yang Fazura katakan itu ada benarnya kerana hati wanita ini mudah cair sekiranya betul caranya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sangat respect dengan mereka berdua. aku kecik dulu suka blik mata mcm tu kenangan betul. Kelolo hang abang lan.. “
” Suke jek.. faz cakap gitu.. tak semestinya ayat tu utk dia..u mum jer.. ade yg terase ke.. hehe.. Respect dekat lan .. dia berani Mohon maaf.. berkali3 pulak tu.. “
” Laki laki sejati, gentleman, mengakui kesalahan dan segera minta maaf, big respect for you abang.. Ya Allah, comel.. “
” Kawin jela banglan ngan siti tu.. dulu kan dah pernah bertunang dah kan.. tapi alien rampas.. Jekal tahun ni btl2 terhibur dgn telata semua.. “
” ” Mehhh abang lanpetpet order kambing bakar , bagi Faz rasa… kot dia suka, biaq p dia habiskan sebekas.. ”
Kak Lina yang turut berada di situ tidak melepaskan peluang untuk menyakat Lan Pet Pet. Amboi bukan main lagi Kak Lina cuba ‘mengapi-apikan’ lagi Lan Pet Pet. Terhibur warganet melihat telatah duta Jakel dan rakan kolaborasi Jakel untuk musim ini.

Apa-apa pun, antara Fazura dan Lan Pet Pet telah pun selesai secara baik. Kedua-duanya sudah berdamai sebagaimana kata Fazura, mereka kosong kosong. Semoga kerjasama Fazura bersama duta Jakel berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hangat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

