Artis / Selebriti
” Pen merah, pen biru, kenapa you marah pulak.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq menghabiskan keratan pantun Pen Merah Pen Biru buat peminat BASS teruja. Wah selepas setahun, akhirnya bersambung juga pantun YB ni. Siap tukar perkataan lagi, blushing Bella dibuatnya..
Sesi live Kedai Cincin Ampang ( KCA ) semalam yang menampilkan dutanya, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai warganet. YB Saddiq dan Bella tampil sedondon berbaju dan berseluar hitam. Pasangan ini turut ditemani oleh seorang wakil daripada KCA.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Team Bass Official, telah dikongsikan satu moment menarik yang terjadi ketika sesi live KCA X BASS semalam. Bella meminta YB Saddiq untuk menghabiskan pantun 2 kerat yang tidak dihabiskan setahun yang lalu.
Pantun berbunyi ‘ Pen Merah Pen Biru ‘ itu dituntut oleh warganet kerana YB Saddiq tidak pernah menghabiskan walaupun sudah beberapa kali ditanya menerusi sesi live sebelum ini. Bella menyebut sedikit sambungnya berbunyi ‘you marah’ dan menunggu YB Saddiq untuk menyambungnya.

Kata YB Saddiq kenapa perlu ‘you marah ‘ dan spontan YB Saddiq menukar ayat itu kepada ‘ you senyum, I love you‘. Akhirnya terkeluar juga ungkapan I love you secara live daripada mulut YB Saddiq. Tentu seronok peminat BASS mendengar pantun YB Saddiq itu.
Jom tonton video di bawah :
@teambassofficial live KCA X BASS #BellaAstillah #Syedsaddiq #TeamBassOfficial #foryou #basstiess
♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pen Ungu Pen Kuning, Kami duk tunggu bila nak bersanding. tq YB selesaikan pantun pen merah pen biru…. you senyum I love you.. sweet sangat.. “
” Yb ckp ucapan tunang dia dh ckp dh,ye tau yb,itu ucapan kseluruhan cintamu,ini pantun,lainn.. aduhaii yb2.. “
” Yess akhirnya “Pen merah Pen biru you senyum I Love You”..tu dia terbaik lah YB.. Dah setahun tunggu yb jawab pantun..Akhirnya kamu Bella Astilla .. Alhamdulillah.. “
” Part ni kita kt rumah menjerit.. happy nya dengar.. pen merah pen pink…yb ss buat kmi senyum cia cia.. susah betul nak dengar i love you dia tu.. “
” Omo Omo finally YBSS said it completely.. as usual YBSS will changed it based on what he wanted ok.. may u both loving more till forever.. “
” Yeayyy finallyy lengkap pantun tu.. yayang pun excited masalahnya.. Alhamdulillah saya tumpang bahagia bila yb dan bella bahagia.. “
” U senyum i love u.. Astaga pndai yb.. finally yb hbs kn pantun tu. setahun penantian okey.. cair kita dengar i love you yb tu.. “
Akhirnya ada kesudahan pantun yang YB Saddiq gantung pengakhirannya pada tahun lepas. Bella pun teruja mendengar ucapan I love you oleh YB Saddiq itu. Bukan Bella sahaja yang blushing mendengarnya, malah warganet yang menonton video itu juga. Semoga terus berbahagia sampai syurga merpati dua sejoli.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Team Bass Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

