Artis / Selebriti
” Papa dah menasihati, dah cakap baik-baik. Papa selalu berpesan pada mak Papa sendiri.. ” – Dato’ Aliff Syukri
Video penjelasan Dato’ Aliff Syukri mengenai isu yang viral ibunya, Bonda Rozita Ibrahim raih perhatian warganet. First time tengok Dato’ Aliff cakap serius macam ni. Memang betul cakap Dato’ Aliff tu..
Beberapa hari ini, tular diperkatakan mengenai satu video live bonda Rozita Ibrahim yang bercerita mengenai kehidupannya. Pelbagai respon yang diberikan oleh warganet terhadap video itu. Anak-anak bonda terutamanya, Dato’ Aliff Syukri juga terkena tempias gara-gara isu hangat itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Racunsyou, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan video live Dato’ Aliff. Kata Dato’ Aliff, video itu ditujukan untuk semua yang menantikan ulasannya mengenai isu keluarga yang viral di semua media sosial itu.
Kata Dato’ Aliff, dia bukan seorang yang suka membuka aib keluarga. Apa sahaja masalah yang terjadi biarlah semuanya antara mereka sahaja dan tidak sampai kepada pihak luar. Penting untuk saling menjaga aib keluarga kerana ianya sesuatu yang privasi dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Ramai yang bersetuju dengan apa yang Dato’ Aliff perkatakan. Kagum warganet dengan kematangan yang ditunjukkan oleh Dato’ Aliff itu. Betul kata Dato’, tidak ada keluarga yang sempurna dalam dunia ini. Semua ada masalah tersendiri dan sampai bila-bila pun, itu adalah pendirian Dato’ Aliff.
Jom tonton video di bawah :
@anisracunsyou #alifsyukriterlajaklaris #alifsyukri #bondarozitaibrahim #bondarozita #papalaris #papalarisofficial #fyp #foryou #viral
@anisracunsyou Replying to @Rynna Rizmim sambungan. #alifsyukriterlajaklaris #alifsyukri #bondarozitaibrahim #bondarozita #papalaris #fyp #papalarisofficial #foryou #viral
@anisracunsyou Replying to @sinar✨ last part. #alifsyukriterlajaklaris #alifsyukri #papaterlajaklaris #datoaliffsyukri #datoalifsyukri #datoaliffsyukriterlajaklaris #bondarozitaibrahim #bondarozita #foryou #foryoupage #viral
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kak yatie kata dato’ yg paling berusaha mengerat silaturrahim sesama keluarga. keep it up dato’.. “
” Ini bagus ttg Datok Alif shukri ni.. tak pnh cerita perihal kluarga.. dia jaga cukup2.. First time aku tgk Alif Shukri cakap rational, mungkin ni diri dia sendiri.. “
” Ini paling aku salute dgn dato seri alif syukri.. dan kakaknya yatie memang baik kalau silaturahim memang jaga.. “
” Tang kali ni nampak hang jauh matang dan bijak. Tahniah.. bagus dia ni.. se kecoh2 dia, xde dia min5ak perhatian psl keluarga dia.. “
” Tak pernah datuk .. saya x pernah dengar datuk isukan tentang family datuk,bagus datuk .. apa yg datuk ckp tu semuanya betul.. “
” Luahan hati Shukri bagusnya anak bonda Rozita.. Papa terbaik dlm isu ni,memang no 1 terbaik sebb diam tu lebih baik.. “
” Saya setuju sgt dgn dato klau bab keluarga dato ni.. love sgt cara dato handle masalah keluarga dn mengerat silaturrahim.. “
” Part ni setuju dan nmpk matang disitu … selalu tgk alif syukri kelam kelibut jaa selalu.. kali ni nmpk dia serius dlm berkata2.. “
Kata-kata yang bijak dan matang daripada Dato’ Aliff. Terbuka mata semua tentang karakter sebenar Dato’ Aliff. Seperti kata Dato’ Aliff, tidak perlu diulas isu keluarga kerana itu antara sesama ahli keluarga. Semoga segala kekeruhan dapat dijernihkan kembali dan semua gembira dengan kehidupan sekarang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Racunsyou, IG Aliffsyukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

