Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya nyanyi, tempo ngam masuk. Ayah pun terperanjat tengok Dadija, haha.. ” – Netizen

Video Anak Tomok, Siti Khadijah Menyanyi Lagu Popular Exist Cur1 Perhatian Warganet. Wah Dadija, Hafal Lirik Lagu Ni. Tempo Pun Kena Lah. Comel Je Suara Tu Bunyi Pelat-Pelat, Bakal Pelapis Ayah Jugak Ni !!

Sebut sahaja nama Tomok, pastinya ramai yang mengenali figura ini. Bahagia bersama kehidupannya bersama Ayu Abas, pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan.

Meninjau akaun Instagram Tomok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuan Tomok, Siti Khadijah atau mesra dengan gelaran Dadija sedang asyik menyanyi. Dadija yang berbaju kurung berwarna hitam ini menunjukkan bakat menyanyinya di hadapan semua orang.

Klik gambar untuk info..

Wah Dadija, siap hafal lirik lagu jiwang yer. Comel sahaja Dadija menyanyikan lagu kumpulan Exist berjudul Janji Padamu. Walaupun masih pelat sebutannya, namun sebutan Dadija masih boleh difahami dan didengari dengan jelas.

Terkej0t ayah melihat Dadija boleh menghafal lagu ni, hebatlah Dadija. Boleh buat band dengan abang Arrian dan Andra lah selepas ini. Bak komen warganet, band tukar nama menjadi New Girlz, hehe. Comel sangatlah Dadija.

Jom tonton video di bawah :

Video Dadija ini telahpun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Wahhhh Dadija dah tunjuk bakat tuuuu habis lah ayah lepas ni jadi manager pulak haha. My favourite singer so far. Kene sign up awal jd ambassador ni.. “

” Belajar dulu baru nak nyanyi. Beauty with brain okay… sayang khadijah.. ” – Ayu Abas

” MasyaAllah dia hafal laaaa clever girl. Ok boleh buat group New Girlz tauuu deeejaaa. Kemana tump4h nya kuah kalau tak ke capati.. Kan good job adik tomey.. “

” Wahh future singer ganti ayah dia ni. Ngam tempo, aunty nyanyi pon kelaut dekkk. Terbayang plak dibu yg nyanyi… sbb muka sejibik dibu.. “

” Ayah tengah terper4njat tengok dadija nyanyi di belakang tingkap tu haha. Dah boleh buat group ni. Abang2 main alat musik, adik yang nyanyi.. “

” Pandainyaaaa nyanyiii. Mesti dadija selalu layan lagu-lagu ayah ni… shomelll lah awk, dadija. ger4mmmnya auntie tgokk.. “

Klik gambar untuk info..

” Ikut jejak langkah ayah ni. Abes la mamat tak boleh cari makan pasni haha. confirm ikut ayah.. pandai Khadijah nyanyi walaupun pelat sikit hehe.. “

” Genetik ayah kuat. Satu-satu ikut dah haha. Bagus la dia bole hafal satu lagu. Tempo masuk tu… Comel sangat, tak puas dengar.. “

Alahai pandai Dadija menyanyi, kecil lagi sudah tunjuk bakat ye. Tak mustahil apabila dewasa kelak Dadija bakal menjadi seorang penghibur sama seperti ayahnya. Moga pada masa akan datang Tomok akan kongsikan lagi video Dadija menyanyi seperti ini, tak puas mendengarnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT