Connect with us

Artis / Selebriti

” Seb4k tengok gambar ni, rasa betapa hebatnya senj4ta doa.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Dato’ Seri Siti Nurhaliza Di Istanbul. Wah Special Tahun Ni, Sambutan Dengan Suasana Yang Berbeza. Seb4k Ada, Bahagia Pun Ada Tengok Tokti Ni. Dari Berdua, Sekarang Sudah Berempat !!

Hari ini tanggal 11 Januari sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kerana ianya adalah hari ulangtahun kelahiran DS Siti. Tahun ini genaplah usia DS Siti yang ke 44 tahun.

Meninjau akaun Instagram DS Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasanaΒ  ketika hari lahirnya ini disambut. Pada masa sekarang, DS Siti bersama DS Khalid Jiwa dan anak-anak mereka, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sedang bercuti di Istanbul.

Walaupun simple sahaja sambutannya namun ianya cukup bermakna untuk DS Siti. Di ruangan kapsyennya pula, panjang coretan yang ditulis oleh DS Siti. Ungkapan syukur ke hadrat Ilahi dizahirkan oleh DS Siti atas segala kurniaan yang diberikan sehingga ke hari ini.

Ucapan terima kasih juga diberikan untuk DS Khalid kerana menjaganya dan anak-anak dengan baik. Beberapa nama lain juga disebutkan oleh DS Siti yang banyak membantu sepanjang percutiannya ini.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh DS Siti ini telahpun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Senyum-senyum kite tengok gambar-gambar ni. lihat kebahagiaan Terpancar Di wajah mu. Happy birthday Siti, stay blessed always.. “

” Tokti cantik gambar nie Ti. Happy birthday sahabatku, SITI Nurhaliza semoga yg terbaik untukmu. Semoga Ti, diberi kepanjangan usia. Sihat, selamat, bahagia dunia dan akhirat.. “

” Tipulah 44 tahun, Happy birthday legend tokti Barakallahu Fii Umrik buat Dato’ CT.. semoga selalu berkah dalam hidup dan kehidupan dunia akhirat.. “

” Dah lengkap kehidupan tokti. Selamat ulang tahun yang ke 44 tahun kak iti sayang, bahagia selalu bersama keluarga tercinta dunia & akhirat aamiin, i love you.. “

” Hepi besday kakak ku yang humble. semoga di pnjag kan umur, di limpahkan rezeki dn sentiasa rahmat Allah s.w.t …. Aamiin.. “

” Tak minta banyak cuma minta Allah jaga keluarga ini hingga ke Syurga. Seb4k sebenarnya sebab bila tgk gambar ni rasa bertapa hebatnya senj4ta Doa, dari ctdk sorang kemudian berdua kemudian bertiga sekarang berempat. Terima kasih ya Allah jagakan kesayangan kami.. “

” Betapa bahgianye bila suami mjadi suami malah kawan kita, sgl amarah n gembira kita luah kn pada mereka n merk mmahami n cinta kita.. smg tokti n sy bahgia slamanye n kekal ke jannah.. “

Alhamdulillah 44 tahun yang cukup sempurna untuk biduanita ini. Kebahagiaan yang diharapkan menjadi kenyataan bersama keluarga kecilnya itu. Selamat ulangtahun kelahiran DS Siti dan semoga Allah sentiasa merahmati DS Siti selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT