Artis / Selebriti
” Pandai juga Khairul berlakon. Memang suami yang sporting dan support isteri.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ina Naim dan suaminya, Khairul Rizal berlakon untuk iklan mencuit hati warganet. Comel je part Khairul buat-buat merajuk tu. Pandai berlakon juga Khairul rupanya. Sweet sangat lah pengantin baru ni..
Semenjak Ina Naim kembali bergelar isteri dan mendirikan rumahtangga bersama Khairul Rizal, namanya kembali menjadi sebutan ramai. Khairul suami yang baik dan selalu menyokong Ina. Ini dapat dilihat apabila Khairul sendiri turut serta dalam live Ina menjual produk.
Meninjau entry di akaun Instagram Dherbs Holding, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ina dan Khairul berlakon untuk iklan produk keluaran syarikat Dato’ Aliff Syukri. Lakonan yang spontan dan santai daripada pasangan pengantin baru ini menarik perhatian ramai.
Pandai betul Khairul buat-buat merajuk kerana Ina memakai wangi-wangian. Ina pula isteri yang baik dan tahu cara untuk memujuk suaminya itu. Cara Ina dan Khairul bercakap untuk mempromosi barangan itu juga disukai oleh warganet. Kedua-duanya pandai bercakap dan tidak kekok di hadapan kamera.

Warganet juga memuji tindakan Dato’ Aliff memanggil pasangan pengantin baru ini dan ini dapat membantu Ina untuk menambahkan pendapatannya juga. Ina kelihatan cantik apabila bersolek dan ramai yang suka sekiranya Ina menjadi duta untuk barangan Dato’ Aliff.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Trlihat ina kmbali mnjdi diri dia yg sebenar utk prkahwinn kali ini.. dgn SS dia mnjdi isteri yg taat pd kmahuan suami. Salute atas kmmpuan beliau… Moga kekal bahagia.. “
” Sukanya dgn Ina.. terasa nak beli sebab Ina.. pandai Dato’ Alif.. terbaik pilihan ni.. makin berseri Ina, muka pun nak sama suami isteri ni.. “
” Kite yang tengok pun dapat rasa bahagia tu sekali.. semakin cantik.. macam tak tua-tua pulak ina ni.. “
” Lawanya kak ina, biarlah org cakap mekap tebal ke apa ke..bagi sy kak Ina lawa betul dgn penampilan skrg ..suka tgk kak Ina dgn suami..semoga bahagia Dan berkekalan hingga hujung NYAWA kak inA n suami. Trm kasih Dato Aliif syukri…terbaik Dato.. “
” Comel eh suka tengok suami isteri ni.. Suami Ina jenis supportive.. sweet sangat Ina dan suami. saya doakan semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.. “
” Suka cara ina naim promote nmpk confident dn bijak.. Alhamdulillah semoga bahagia hingga jannah.. “
” Kenapa aku senyum seorang ni, bahagianya Ina. pandai juga khairul berlakon, memang suami yang sporting dan support isteri.. “
Comel sahaja melihat lakonan Ina dan Khairul, spontan dan bersahaja, namun tidak berlebihan. Allah hadirkan Khairul dalam hidup Ina tepat pada masanya. Semoga rumahtangga yang dibina kekal selamanya dan bahagia di samping anak-anak yang tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dherbsholdings
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti7 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

