Artis / Selebriti
” Bila masuk chorus macam suara arwah Sarah, nak nangis.. ” – Komen Netizen
Watie Hanifiah muatnaik video menyanyikan cover lagu berjudul Sebuah Rasa yang dipopularkan oleh Agnes Monica raih perhatian ramai. Wah, sedapnya suara Watie menyanyi lagu ni, feel pun sampai. Ada yang kata macam suara arwah Sarah..
Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Watie sedang menyanyi telah meraih perhatian ramai. Menurut Watie, bukan mudah untuk mendapat kelulusan daripada Shuib untuk memuatnaik videonya sedang menyanyi.
Kali ini Shuib membenarkan Watie memuatnaik video Watie menyanyi dari awal sehingga akhir lagu. Lagu yang dinyanyikan oleh Watie merupakan lagu milik penyanyi Indonesia, Agnes Monica yang berjudul sebuah rasa. Bukan senang untuk membawakan lagu ini.
Ini kerana lagu ini perlu dinyanyikan dengan nada yang cukup tinggi. Ternyata Watie boleh membawakan lagu ini dengan baik walaupun ada beberapa bahagian yang agak kurang jelas didengari. Tidak mengapa kerana Watie bukanlah seorang penyanyi professional.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen yang menyatakan Watie memiliki tone suara yang merdu dan boleh menyanyi dengan baik. Wah, bolehlah Watie berkongsi video menyanyi lagi selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Watie. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Suara sdp blh nyanyi.. just open wide mouth.. suara akan lontar keluar lebih jelas..ok sis? Β Remind myself too. Sy pn suke nyanyi jgk.. “
” Lbh sedap dari suara shuib.. patut watie bila shuib nyanyi.. duduk jauh2 bkn sebaliknya .. sedapnya mummy nyanyi.. “
” Watie is good. But Siti sarah tetap no 1. Cuba mummy g ujibakat apa tah yg calpis taja tu… Mummy suara sedap. Sedap sgt suara mummy .. “
” Suara watie sedap merdu cuma kdg kdg kan dia mcm xjelas apa yg watie sebut bait lirik tu.Tp mmg boleh jadi penyanyiiii suara mantap lenggok mantap.. “
” Suara sedap mantapp! Cuma bait2 lagu tu kurang jelas didengar. Lagi kuat bunyik alunan music. Bila tarik tu baru jelas sikit suara tu.. “
” Pleas bawak lagu kesetiaan sekali. Kenape aku pulak yg rasa sampai sini. Saya nak jawline tu watie…lawa aihΒ sing dr jiwa ni mmg menusuk.. “
” Woww nice voice n dynamic. Bila masuk corus mcm suara arwah .. Nak nangissssss .. why x nak jd Penyanyi jugak Β so shedapp suara.. “
Wah, boleh tahan sedap suara Watie apabila menyanyi. Jika diasah dengan lebih lagi dengan memasuki kelas vokal pasti lagi meletup suara Watie. Lepas ni bolehlah Watie menyanyi lebih banyak lagi cover lagu dan dikongsikan buat tatapan pengikutnya di media sosial.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen